Seorang bekas peserta program realiti nyanyian Mentor menjadi perhatian ramai selepas didakwa kantoi berlaku curang bersama seorang wanita di sebuah bazar Ramadan sekitar Dataran Senawang, malam tadi.
Insiden tersebut tular di media sosial menerusi satu video yang dimuat naik oleh isteri kepada penyanyi berkenaan. Dalam rakaman itu, wanita tersebut dilihat menyergah suaminya di lokasi kejadian.
Perkongsian berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, dengan ramai yang meluahkan rasa terkejut dan tidak kurang juga yang bersimpati terhadap situasi yang berlaku.
Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh individu terbabit bagi menjelaskan perkara sebenar di sebalik dakwaan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
