Dikenali sebagai pulau buatan, keindahan Pulau Wilhelmstein yang terletak di Tasik Steinhude, Wunstorf, Jerman sangat cantik dan keindahan sekitarnya sungguh mempersonakan.
Laporan dari Oddity Central, pulau buatan itu telah menjadi destinasi kunjungan pelancong dari negara itu di mana mereka dapat mengunjungi sebuah kubu yang diubah menjadi muzium, menjelajah pulau dan menikmati pemandangan yang tenang dikelilingi hidupan alam semulajadi.
Sejarah di sebalik kisah Pulau cantik bermula sekitar tahun 1761, ketika Count Wilhelm von Schaumburg-Lippe, ketua daerah Schaumburg-Lippe-Buckeburg dan seorang komander tentera yang penting dalam Perang Tujuh Tahun, memerintahkan pembinaan kubu ketenteraan di tengah Steinhude Meer iaitu tasik terbesar di utara Jerman.
Pada awalnya, ia terdiri daripada 16 buah pulau yang diangkut oleh nelayan ke tengah tasik menggunakan kapal. Kubu itu kemudiannya dijadikan sebuah kolej tentera untuk melatih pemimpin generasi berikutnya.
Namun, selepas kematian Wilheim dan penempatan tentera berpindah ke daratan, kubu di tengah tasik itu diubah menjadi penjara. Kini, semua tahanan dipindahkan ke tempat lain.
Awal abad ke-19, kesemua 16 pulau itu digabungkan menjadi sebuah pulau yang cantik berbentuk segi empat tepat dan bermulanya kebangkitan Pulau Wilhelmstein sebagai tempat pelancongan.
Sehingga kini, Pulau Wilhelmstein dikawal oleh pengamal undang-undang dari mahkamah di Buckeburg.
Cantiknya pulau buatan ini sebab ianya terletak di tengah tasik yang jernih airnya..