Umum tahu, Kerajaan termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia terutamanya telah sedaya upaya menyampaikan kepentingan vaksin secara positif.
Malaysia juga telah menerima bekalan vaksin dari pelbagai negara.
Untuk pengetahuan korang, selepas urusan pengambilan vaksin, sebenarnya kita boleh semak dari negara mana vaksin tersebut!
Menerusi perkongsian seorang individu di laman sosial Twitter, dia ada berkongsi cara-caranya. Paling best tu, ada sijil lagi.
Scroll sampai ke bawah, nanti akan jumpa Covid-19 Digital certificate, copy details dalam bulatan oren & google pic.twitter.com/JjetHj9nsc
— Catshaker (@Catshaker85) July 5, 2021
Details yang kita google akan direct ke website NPRA pic.twitter.com/enDOlGeUBr
— Catshaker (@Catshaker85) July 5, 2021
So jumpa dah! 1st vaksin saya dari Pharmaniaga Malaysia, 2nd vaksin saya dari Sinovac Life Science, Beijing, China pic.twitter.com/1gJzqQXSBQ
— Catshaker (@Catshaker85) July 5, 2021
Dah tahu dari negara mana? Boleh la simpan sijil tu buat kenangan ya. Apapun, tak kisah lah dari negara mana, asalkan semua orang dapat lengkapkan dua dos vaksin secepatnya. Kita jaga kita!