“Wow, Ada Anak Sultan”- KFC Stulang Laut Sesak Dengan Pengunjung Sambut Kolaborasi KFC & JMR

Branded

“Wow, Ada Anak Sultan”- KFC Stulang Laut Sesak Dengan Pengunjung Sambut Kolaborasi KFC & JMR

Baru-baru ini, di Stulang Laut, Johor telah berlangsungkan satu acara bersama KFC dan Johor Motorsport Racing (JMR).

Acara ini bertujuan menyambut ulang tahun ke-5 kerjasama antara KFC dan JMR bagi memartabatkan sukan pemotoran Malaysia di mata dunia.

Diserikan Dengan Kehadiran Tetamu Istimewa

Menariknya untuk acara kali ini, dua orang anakanda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, dan Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor telah mencemar duli menghadiri sambutan kerjasama ini.

“JMR, yang dipimpin oleh Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor, dan Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor, telah berjaya menempatkan Malaysia di peta dunia dalam arena sukan bermotor.

 

Ini terbukti apabila pada tahun 2022, Yang Amat Mulia Tunku Panglima telah berjaya merangkul Kejuaraan Pro-Am di Asia dan menduduki tempat ketiga di Australia, sementara JMR dan Triple Eight Engineering memenangi kejuaraan berpasukan secara keseluruhan di Asia”- Pengerusi Jenama QSR, Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Kedua-dua baginda yang juga merupakan pelumba kereta bagi pasukan JMR turut berkenan berkongsikan pengalaman dalam perlumbaan sukan permotoran antarabangsa bersama pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi sesi “Sembang Kereta”.

Baginda berdua kemudian mempamerkan model Mercedes AMG GT3, yang digunakan dalam siri perlumbaan di Asia dan Australia.

Pelbagai Aktiviti Menarik & Info Dunia Permotoran

Selain daripada sesi “Sembang Kereta”, pengunjung turut berpeluang melihat kereta lumba secara dekat yang dibawa khas oleh pasukan JMR.

Dengan adanya kehadiran jurutera JMR, pengunjung dapat berinteraksi serta menerima input yang baru dan berguna mengenai kereta dan sukan pemotoran.

Bukan tu je, pengunjung yang hadir ke acara ini dengan pelbagai permainan interaktif yang menawarkan hadiah menarik dari KFC dan JMR. Antaranya baucar KFC dan juga merchandise KFC dan JMR.

KFC Hak Milik Malaysia!

KFC X JMR

Anda tahu tak sebenarnya KFC dimiliki oleh syarikat Malaysia?

Untuk maklumat anda, KFC merupakan sebahagian daripada QSR Brands bersama JCorp dan KWSP yang memiliki majoriti saham syarikat. Jadi anda tak perlu risau, segala hasil dan keuntungan yang diterima, tidak disumbangkan atau membayar royalti ke mana-mana pihak.

Selain itu, QSR Brands yang memiliki KFC Malaysia merupakan tunjang utama dalam industri makanan segera halal. Buktinya, kesemua 770 cawangan KFC di Malaysia mempunyai sijil halal dan bersedia untuk menerima dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat Malaysia.

Tambahan juga, QSR Brands mempunyai 30,000 pekerja dan 86% daripadanya adalah muslim serta QSR Brands juga telah menyumbang lebih daripada RM62 juta dana kepada Zakat.

Dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini juga, KFC Malaysia telah menyumbang lebih daripada RM1.7 juta melalui Add Hope Malaysia bagi membantu masyarakat Malaysia yang kurang mendapat perkhidmatan.

Jadi anda ragu dan risau apa lagi? KFC Malaysia sudah menyatakan bahawa mereka merupakan syarikat milik Malaysia serta tidak menyokong dengan perbuatan yang dilakukan Israel.

Untuk maklumat lanjut layari, laman rasmi KFC Malaysia dan ikuti sosial media KFC Malaysia di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...