Baru-baru ini, pelakon wanita Janna Nick disebut ramai susulan melakukan siaran langsung di TikTok sambil nangis teresak-esak.
Difahamkan, Janna menangis sebegitu akibat tidak tahan dengan rasa penat kerana terpaksa ‘berlawan’ dengan otaknya yang terlalu ‘bising’.
Menurut pelakon itu, biarpun dia kelihatan bahagia selama ini tetapi dirinya sangat penat dengan otak sendiri yang terlalu bising serta ini merupakan serangan bipolar paling teruk katanya.
Bahkan lebih parah apabila ada suara-suara kecil yang ‘mengajar’ Janna cara-cara hendak membunuh seorang manusia.
Susulan video itu tular di media sosial, kebanyakkan netizen berasa ukasihan melihat keadaan Janna yang terpaksa berlawan dengan penyakit itu tetapi dalam pada masa yang sama, ada juga yang memerli pelakon itu soal ‘work life balance’ yang pernah diulasnya sebelum ini.
Menurut beberapa netizen, itulah padahnya jika tidak tahu erti serta kepentingan keseimbangan dalam pekerjaan kerana jika tidak dijaga, maka banyak penyakit yang akan datang ‘menghampiri’.
Sekadar info, dua tahun yang lalu, Janna Nick disahkan hidap bipolar disorder.