Wordle Viral Sekelip Mata! 5 Jenama Popular Dunia Turut Sertai ‘Trend’ Permainan Ini

Dunia

Wordle Viral Sekelip Mata! 5 Jenama Popular Dunia Turut Sertai ‘Trend’ Permainan Ini

Baru-baru ini, terdapat satu permainan bernama Wordle menjadi kegilaan ramai secara global sehinggakan setiap pemain yang bermain, berlumba-lumba mahu selesaikan perkataan misteri setiap hari.

Boleh dikatakan agak cepat jugak permainan Wordle ini menjadi viral kerana berdasarkan kajian dari The Guardian, pada November 2021 hanya ada 90 pemain sahaja tetapi sekarang ini sudah cecah 300,000 pemain setiap hari.

Advertisement

Cara main Wordle ini agak mudah, dimana pemain hanya perlu teka perkataan yang ada 5 huruf serta diberi peluang sebanyak enam kali untuk meneka dan setiap hari akan hanya ada satu perkataan saja yang perlu pemain teka.

permainan Wordle

Kalau huruf yang diletakkan betul tapi berada pada tempat salah, kotak akan berubah jadi warna kuning dan jika huruf yang diteka tiada dalam sistem, kotak akan jadi kelabu dan kotak hijau jika betul.

Seperti yang dimaklumkan di atas, permainan ini sudah menjadi satu permainan viral di satu dunia, sudah pasti syarikat diluar mahupun yang terkenal akan mengikuti trend sebagai bahan pemasaran mereka. Ini antara idea jenama popular yang turut sertai trend ini.

1. LEGO_Group

lego

2. Hilton Hotel

hilton

3. Mercedes

mercedes

4. Gamuda Parks

gamuda parks

5. University of East Anglia (UEA)

university of east anglia

Sekadar info, permainan Wordle ini hanya di dalam bahasa Inggeris saja dan jika anda ingin bermain permainan teka perkataan dalam Bahasa Melayu tapi seakan-akan sama dengan Wordle, anda boleh cuba KATAPAT.

katapat

Mesti best kalau main dengan rakan-rakan atau keluarga kan!

Power bank
2 years ago

Wajib ‘Check- Out’, Ini 5 Tips Penting Sebelum Membeli Powerbank

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...