“Woi, Ni Slow Dah Ni” – Netizen Tegur Talita, Jangan Biadab Dengan Ibu Tiri

Kehidupan

“Woi, Ni Slow Dah Ni” – Netizen Tegur Talita, Jangan Biadab Dengan Ibu Tiri

Perkongsian terbaru isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib, iaitu Watie Hanifiah, bersama anak tirinya, Talita, menarik perhatian ramai netizen.

Dalam sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun Threads, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkongsi momen manis ketika meluangkan masa bersama anak-anak tiri.

Advertisement

Namun begitu, segelintir netizen memberikan reaksi kurang senang terhadap interaksi Talita dengan ibu tirinya, khususnya dari segi penggunaan bahasa yang disifatkan agak kurang sopan.

Menurut komen warganet, Talita dilihat melayani Watie seperti rakan sebaya berbanding sebagai seorang ibu, kerana gaya percakapannya yang terlalu santai dan bersahaja.

Dalam video tersebut, Watie dilihat meminta Talita untuk memperlahankan bunyi radio, namun gadis itu membalas dengan berkata bahawa radio itu sudah cukup perlahan.

Situasi itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen,  ada yang menganggap ia sekadar gurauan biasa dalam hubungan mesra ibu tiri dan anak tiri, namun ada juga yang menyarankan agar batas dan adab tetap dijaga walaupun hubungan rapat.

talita tinggi suara

Watie sebelum ini sering berkongsi momen kebersamaan bersama anak-anak Shuib hasil perkahwinan terdahulu, dan dilihat berusaha membina hubungan harmoni dalam keluarga mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zehra zambri mengemis duit nafkah anak
2025-07-14 14:58:32

"Datang Melenggang, Ambil Gambar Jaga Anak Untuk Konten" - Zehra Zambri Dedah Terpaksa 'Mengemis' Duit Nafkah & Belanja Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...