Baru-baru ini, tular satu hantaran di platform Threads memaparkan luahan seorang peniaga burger mengenai peniaga burger lain yang mengurut dia menjual satu burger ayam crispy dengan harga RM3.9.
Berang burger dijual dengan harga RM3.9
Dapat dilihat melalui tangkap layar mesej yang dimuat naik oleh lelaki terbabit, peniaga burger lain memarahinya kerana mendakwa dia seakan-akan sengaja menjual satu burger dengan harga yang lebih murah berbanding peniaga burger lain di kawasan tersebut.
Woi mat niaga jangan pecah market lah! Kau ingat kau sorang je ke meniaga buang harga macam ni. Market burger RM5, agak-agak lah. Nak masuk kulai buat kepala kau.
Tidak melenting selepas dimaki, lelaki terbabit hanya membalas dengan mengucapkan rasa syukur kerana diberi rezeki untuk mendapat barang mentah yang murah dan merasakan tidak menjadi masalah untuk dia menjual dengan harga yang murah juga.
Kau tak fikir ke orang kulai yang lain rata-rata jual burger RM5, datang kau ngarut RM3.9. 100 orang kecam kau, makbul doa..
Netizen tak rasa salah, asalkan jujur
Dalam pada masa yang sama, individu yang mengamuk itu turut merasakan tindakan berkenaan seakan-akan menutup periuk nasi peniaga burger yang lain di kawasan terbabit.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen merasakan tiada salah untuk lelaki terbabit menjual burger dengan harga yang lebih murah berbanding peniaga yang lain, asalkan kekal bersikap jujur.