Suasana di perkarangan Mahkamah Majistret Sepang bertukar tegang seketika apabila suspek kes bunuh penuntut universiti di Cyberjaya dihampiri seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa.
Ketika kejadian, lelaki tinggi lampai memakai baju merah itu cuba menghampiri ketika suspek keluar dari mahkamah selepas selesai permohonan sambungan reman, pagi tadi.
Suspek utama iaitu seorang lelaki tempatan bersama dua suspek wanita keluar dari mahkamah kira-kira jam 9.50 pagi sebelum individu berkenaan berjalan menghampiri mereka sambil menjerit.
Woi! Kau bunuh saya punya adik, pakai otak sikit lah, saya punya adik you (kamu) kasi mati.

Kredit: Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil/NSTP
Bagaimanapun, tindakan pantas pegawai polis yang berada di lokasi berjaya menenangkan individu terbabit dan meredakan keadaan serta mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Sementara itu, tiga suspek kes pembunuhan seorang penuntut wanita sebuah universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lalu disambung reman tujuh hari bermula hari ini.

Kredit: Berita Harian