Wiski Dan Vodka Halal Akan Tiba Di Pasaran Eropah

Trending

Wiski Dan Vodka Halal Akan Tiba Di Pasaran Eropah

arak halal 1

arak halal 2

Advertisement

Setelah produk minuman keras versi halal mendapat permintaan yang baik. Arkay menegeluarkan 2 variasi baru minuman keras halal versi Wiski dan Vodka.

Produk-produk Arkay sebelum ini berjaya menarik minat penggemar yang rata-ratanya adalah orang Islam, wanita mengandung dan pemandu tegar yang merupakan golongan yang tidak boleh mengambil minuman beralkohol.

Menurut presiden Arkay, Sylvie Grattagliano, wiski dan vodka halal akan mula dijual pada tahun 2015 di negara-negara seperti Itali, Sepanyol, Jerman, Belanda, England serta negara yang mempunyai populasi orang Islam teramai di Eropah Barat iaitu Perancis.

ARKAY BEVERAGES, INC. ALCOHOL FREE WHISKY DRINK

arak halal 4

Selain vodka dan wiski, Arkay akan turut mengeluarkan minuman keras halal tanpa alkohol jenis brandi, gin, amaretto dan blue curacao.

Jenama ArKay buat masa ini boleh didapati di Amerika Syarikat, Australia, Mexico serta mula mendapat tempat di sekitar Eropah.

Kebanyakan penggemar jenama Arkay berkata, mereka membeli produk ini kerana rasanya yang menarik dan tidak membahayakan kesihatan seperti pengambilan minuman keras. Mereka bukan sahaja dari golongan muslim malahan non muslim juga turut meminati minuman ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...