Wings Kini Terbang Di Bawah Sayap KRU

Hiburan

Wings Kini Terbang Di Bawah Sayap KRU

Siapa sangka, kumpulan rock terhebat Malaysia, Wings akan bernaung di bawah KRU, yang mencipta nama dengan lagu rap suatu ketika dahulu. Kalau anda katakan perkara ini boleh terjadi 10 tahun yang lalu, pasti Abang Nara akan gelak terkekeh-kekeh. Namun semalam, Wings secara rasminya telah pun mengikat kontrak untuk terbang di bawah sayap KRU.

wings kru

Advertisement

Memang benarlah kata orang dunia sekarang ini semuanya boleh terjadi. Abang Nara sebenarnya teruja dengan gabungan 2 nama besar ini. Lagipun Wings sudah terlalu lama tidak mengeluarkan album baru. Walaupun lagu-lagu Wings yang lama masih sedap didengar, pastinya peminat tegar Wings teringin mendapatkan album mereka. Tak gitu?

wings kru

Secara jujur, Abang Nara dapat bayangkan album “Menakluk Kosmos” yang bakal diterbitkan September ini pastinya akan menjadi antara album terbaik Wings. Tak sabar la pulak rasanya. Diharap kerjasama KRU dan Wings bakal mengembalikan kembali zaman kegemilangan Wings. Info dari Mstar Online.

P.S: Koleksi rekaan lampu cair.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...