Siapa sangka, kumpulan rock terhebat Malaysia, Wings akan bernaung di bawah KRU, yang mencipta nama dengan lagu rap suatu ketika dahulu. Kalau anda katakan perkara ini boleh terjadi 10 tahun yang lalu, pasti Abang Nara akan gelak terkekeh-kekeh. Namun semalam, Wings secara rasminya telah pun mengikat kontrak untuk terbang di bawah sayap KRU.
Memang benarlah kata orang dunia sekarang ini semuanya boleh terjadi. Abang Nara sebenarnya teruja dengan gabungan 2 nama besar ini. Lagipun Wings sudah terlalu lama tidak mengeluarkan album baru. Walaupun lagu-lagu Wings yang lama masih sedap didengar, pastinya peminat tegar Wings teringin mendapatkan album mereka. Tak gitu?
Secara jujur, Abang Nara dapat bayangkan album “Menakluk Kosmos” yang bakal diterbitkan September ini pastinya akan menjadi antara album terbaik Wings. Tak sabar la pulak rasanya. Diharap kerjasama KRU dan Wings bakal mengembalikan kembali zaman kegemilangan Wings. Info dari Mstar Online.
speedrider
July 23, 2012 at 2:38 pm
Kolaborasi WINGS-KRU adalah berdasarkan pengedaran album dan kemudahan membuat rakaman. Lain-lain, masih 100% berdasarkan halatuju Wings, seperti yang difahamkan.
Berita penuh di Berita Harian:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WingssertaiKRU/Article
.........
July 21, 2012 at 2:04 pm
buruk la kalau dh berumo ni rock n terkinja2 d pentas..
kembalinya Tiz Zaqyah ke Twitter
July 22, 2012 at 4:10 am
sama juga kalau kita berozita che wan bila dah berumo
Pingback: Wings Kini Terbang Di Bawah Sayap KRU | HatiBlogger [dot] Com
Sofian Bujang Ambil Masa Untuk Popular Kerana Tiada Rupa
July 20, 2012 at 10:35 pm
janganlah terover acting, janganlah terover berlagak
Abang Iker Casillas
July 20, 2012 at 7:48 pm
Tahniah Wings! X sabar nak tunggu album terbaru Wings!