Windows 8 Buat Diri Ini Teruja!!!

Hiburan

Windows 8 Buat Diri Ini Teruja!!!

Abang Nara ialah pengguna setia Microsoft Windows. Kalau tak silap, operating system pertama yang Abang Nara guna ialah Windows 95.

windows 8

Advertisement

Windows memang sangat user friendly menyebabkan ianya dipilih oleh jutaan manusia seluruh dunia. Jadi apabila Microsoft mengumumkan pelancaran Windows 8, Abang Nara terus teruja dibuatnya.

windows 8

Keterujaan ini adalah disebabkan user interface Windows 8 kali ini telah direvamp 100%. Lebih cantik, lebih menarik dan lebih awesome!!! Keterujaan Abang Nara bertambah-tambah apabila dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Windows 8 di Plaza Low Yat.

windows 8

Korang nampak tak Abang Nara dalam gambar kat atas nie? Tak nampak pun tak apa kerana muka Abang Nara terlalu serius kerana sedang memberikan fokus 100% terhadap kata-kata aluan daripada Ananth Lazarus, Managing Director Microsoft Malaysia.

windows 8

Setelah mendengar kata-kata daripada Ananth Lazarus, Abang Nara dapat rumuskan beberapa perkara mengenai Windows 8. Antaranya ialah:-
1. Boleh digunakan menggunakan mouse dan touchscreen. Jadi boleh diinstall untuk desktop, laptop dan tablet.
2. Revamped start screen yang lebih pantas dan fluid. Segala apps yang kita rasakan penting, boleh diletakkan di start screen ini.
3. Windows 8 lebih laju, lebih kemas dan sangat stable dibandingkan dengan version Windows sebelumnya
4. Ada Internet Explorer 10 dan juga SkyDrive untuk memudahkan pengguna Internet tegar.

windows 8

Setelah tamat kata-kata aluan, lelaki 2 orang di atas ini telah memberikan demontrasi Windows 8. Seriously, memang Windows 8 sangat lain. 100% berubah. Sepanjang demo ini dilakukan, banyak kali jugaklah mulut Abang Nara ternganga akibat kekaguman.

windows 8

Abang Nara nak bagi komen lebih-lebih pun tak mampu sebab tak sempat nak mencuba Windows 8. Bukan taknak cuba, tapi ramai sangat orang. Penuh gila. Tapi daripada apa yang Noh Hujan bagitau, Windows 8 memang sangat sesuai digunakan untuk dirinya berinteraksi dengan peminat.

windows 8

Kepada rakyat Malaysia yang ingin bertukar ke Windows 8, ada 3 cara untuk anda melakukannya iaitu:-
1. Beli laptop dan ultrabook baru daripada Acer, Asus, Dell, Fujitsu, HP, Lenovo, LG, Samsung, Sony, and Toshiba. Windows 8 sudah dipreinstalled di dalamnya.
2. Upgrade daripada Windows 7 ke Windows 8 dengan harga serendah USD14.99. Namun pilihan ini hanya untuk mereka yang mempunyai genuine Windows 7 sahaja. Ianya sah until pembelian device Windows 7 bermula dari 2 Jun 2012 hingga 13 Januari 2013 .
3. Beli Windows 8 dengan harga promosi RM229 sehingga 31 Disember 2012 ini. Selepas promosi tamat, harga Windows 8 Pro akan menjadi RM885,

windows 8
Abang Nara kemungkinan besar (99%) akan bertukar ke Windows 8. Kalau anda berminat, boleh layari www.windows.my untuk maklumat lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...