June 20th, 2016

Masih ingat dengan pelakon Wilma Muhammad? Beliu terkenal menerusi filem Pasrah dan pernah muncul didalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Namun, selepas itu beliau tidak lagi berlakon dalam mana-mana drama kerana ingin fokus pada rumah tangganya.

Rindu dengan dunia lakonan, Wilma menerusi portal mStar Online berkata beliau sudah bersedia untuk menerima tawaran lakonan semula. Wilma juga sudah mendapat kebenaran daripada suaminya untuk berlakon.

Rindu hendak kembali berlakon itu sentiasa ada dan sekarang rasanya masa paling sesuai untuk kembali aktif kerana anak-anak pun semua sudah besar dan pandai berdikari.

Jadi saya tidak bimbang jika keluar bekerja dan paling penting suami dan anak-anak memberi restu dan menggalakkan saya.

Meskipun belum mendedahkan niat untuk kembali berlakon sebelum ini. Wilma sebenarnya sudah berjaya menyiapkan dua buah telefilem.

Saya baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Pondok Itu Rumahku arahan Shuhaimi Lua dan Hey Misi arahan Nizam Zakaria yang dijangka ditayangkan dalam masa terdekat ini.

Insya-Allah kalau ada tawaran lain saya akan terima kerana memang sudah bersedia untuk aktif berlakon.

Terubat juga rindu peminat Wilma bukan? Lakonan Wilma pun boleh tahan. Sama-sama kita nantikan kemunculan semula beliau.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...