Baru-baru ini, suami Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang ada memuat naik video di platform TikToknya memberitahu dia mempunyai ‘penyakit’ suka berbelanja.
Malah, dia berkata disebabkan suka berbelanja, kadang-kala duitnya boleh berhabis ribuan ringgit membeli pelbagai barang dalam satu masa.
Perkongsiaan Aliff atau mesra dikenali sebagai Opai itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen hingga ada individu wanita yang sempat menyelit untuk cuba ‘mengorat’ lelaki tersebut.
Wanita itu meninggalkan komen berkata dirinya masih bujung dan jauh lebih baik dari isteri Opai iaitu pelakon, Fatin Afeefa.
Bagaimanapun, trader tersebut menegaskan bahawa dia lebih memilih Fatin kerana isterinya beragama Islam dan mampu ke Syurga bersama-sama.
Tidak mengalah setelah ditolak oleh Opai, wanita Rusia tersebut membalas komen berkenaan dengan memakai baju menutup aurat serta tudung di kepala. Malah berkata wanita bertudung lebih baik daripada isteri Opai.
Difahamkan, wanita berkenaan merupakan warganegara Rusia tetapi menetap di Malaysia, namun kesahihan sama ada wanita itu benar-benar wujud ataupun tidak masih belum diketahui.