WHO Umumkan Coronavirus Sebagai Pandemik, Apakah Maksud Disebaliknya?

COVID-19

WHO Umumkan Coronavirus Sebagai Pandemik, Apakah Maksud Disebaliknya?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini mengumumkan penularan wabak coronavirus sudah diisytiharkan sebagai pandemik. Berdasarkan pemerhatian dan penilaian situasi terkini di seluruh dunia, keadaan terkini adalah membimbangkan.

Menerusi pengumuman di laman Twitter, WHO telah menilai penularan ini sepanjang masa dan sangat bimbang dengan tahap penyebaran dan kemudaratannya, juga mengambil kira tahap tindakan yang tidak mencukupi.

Advertisement

“Oleh itu, kami telah membuat penilaian bahawa COVID-19 boleh dikategorikan sebagai pandemik.”

Menurutnya lagi, pandemik bukanlah satu istilah yang boleh digunakan dengan sambil lewa atau dipandang ringan. Istilah ini jika disalah gunakan boleh mengakibatkan ketakutan yang tidak sepatutnya, atau persepsi bahawa penentangan terhadapnya sudah berakhir, hingga menyebabkan penderitaan dan kematian yang tidak perlu.

Endemik, Epidemik dan Pandemik

pandemik Tiga perkataan ini sering digunakan untuk menggambarkan situasi terkini penularan sesuatu wabak penyakit. Bergantung pada situasi terkini sesuatu wabak itu, WHO akan membuat pemerhatian dan menilai situasi yang terjejas akibat wabak itu.

Endemik

Kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau pada sesuatu tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa mempunyai kes tetapi pada kadar yang stabil dan juga rendah. Sebagai contoh, kes denggi adalah penyakit endemik di Malaysia.

Epidemik

Kejadian penyakit naik mendadak melebihi kadar biasa dan dilihat jelas dalam komuniti dalam tempoh masa tertentu. Ia juga dikenali sebagai ‘Wabak’. Sebagai contoh, jangkitan demam kepialu pada dua kes yang saling berkait dianggap wabak/epidemik. Contoh lain ialah penularan wabak COVID-19 yang sedang berlaku di beberapa buah negara dan kejadian Polio di Sabah (2019).

Pandemik

Kejadian wabak besar-besaran di seantero dunia. Merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Kebiasaannya melibatkan jangkitan penyakit yang baru (novel). Ciri pandemik adalah melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat.

Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi. Contoh: Kejadian ‘Black Death’ diantara kurun ke 14 hingga kurun 17 dan menyebabkan kematian 2/3 penduduk dunia. Untuk tahu lebih lanjut tentang wabak ‘Black Death’, baca artikel di bawah.

Baca: Tiga Wabak Penyakit Paling Bahaya Dalam Sejarah Dunia Ini Berpunca Daripada Haiwan

Menurut WHO, situasi pandemik kini tidak mengubah penilaian WHO mengenai ancaman yang dibawa oleh wabak ini. Ia tidak mengubah sebarang langkah yang diambil oleh WHO dan tidak mengubah tindakan yang perlu diambil oleh negara-negara terlibat.

Kita tidak pernah sebelum ini melihat pandemik dicetuskan oleh koronavirus. Pada masa yang sama, kita juga tidak pernah melihat satu pandemik yang boleh dikawal

Menurut Tedros, WHO sudah dalam mod bertindak, sejak kes pertama. Setiap hari, pihak mereka menyeru setiap negara untuk mengambil langkah segera dan agresif. Selain mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, orang ramai turut dinasihatkan untuk mengelakkan kawasan awam jika tiada keperluan.

Artikel berkaitan: Hanya Bermodalkan RM11 Sahaja Anda Boleh Buat Sendiri ‘Hand Sanitizer’ Dengan Dua Bahan Ini

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...