WHO Tingkatkan Penilaian Risiko Global #Covid_19 Pada Tahap Paling Tertinggi

Trending

WHO Tingkatkan Penilaian Risiko Global #Covid_19 Pada Tahap Paling Tertinggi

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada Jumaat menaikkan penilaian risiko global coronavirus baru kepada tahap paling tertinggi setelah epidemik itu tersebar ke sub-sahara Afrika dan menyebabkan kejatuhan pasaran kewangan.

Virus itu sudah semakin tersebar di seluruh dunia dalam masa seminggu lepas, muncul di setiap benua kecuali Antartika, menyebabkan banyak kerajaan dan perniagaan mencuba menghentikan orang ramai dari mengembara atau berhimpun di tempat sesak.

Advertisement

Virus itu telah membunuh lebih 2,800 orang dan menjangkiti lebih 84,000 di seluruh dunia–kebanyakan besar di China–sejak ia muncul di sebuah pasar haiwan di bandar tengah China iaitu Wuhan pada pengakhiran Disember.

Tetapi penyebarannya yang laju ke zon-zon baru meningkatkan keprihatinan pihak berkuasa. Dalam masa 24 jam lepas, ia telah menjangkiti sembilan negara, dari Azerbaijan ke Mexico dan New Zealand. Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberitahu pemberita:

Kami kini telah meningkatkan penilaian terhadap risiko penyebaran dan risiko impak Covid-19 kepada paras sangat tinggi pada tahap global.

Kami tidak menemui bukti setakat ini yang virus itu sedang tersebar bebas dalam masyarakat. Selagi itu, kita masih ada peluang untuk membendungnya.

Kunci untuk membendung virus ini ialah dengan memecahkan rantaian penjangkitan.

Dia menekankan kepentingan setiap indivisu untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghentikan wabak itu. – amazingnara.com via Channel News Asia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...