WHO Kini Sokong Saranan Orang Ramai Perlu Memakai Topeng Muka Ketika Berada Di Tempat Awam

COVID-19

WHO Kini Sokong Saranan Orang Ramai Perlu Memakai Topeng Muka Ketika Berada Di Tempat Awam

Pada awal bulan lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan yang menyarankan hanya petugas perubatan dan mereka yang sakit sahaja yang perlu memakai topeng muka. Di dalam satu sidang media pada 1 April itu, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberitahu mereka yang sihat tidak perlu memakai topeng muka.

Kenyataan itu kemudiannya membawa kepada pelbagai pandangan berbeza daripada pelbagai pihak terutamanya orang ramai yang bimbang tentang keselamatan diri masing-masing. Namun, di dalam satu kenyataan terkini semalam, WHO kini menyokong usaha negara-negara yang mewajibkan pemakaian topeng muka ketika di tempat awam.

Advertisement

Tambah WHO lagi, topeng muka masih lagi menjadi keperluan yang perlu diutamakan kepada petugas perubatan dan mereka yang sakit sementara orang awam disarankan untuk menggunakan topeng yang diperbuat daripada kain buatan sendiri.

“Topeng muka gred perubatan seperti N95 mesti diutamakan untuk petugas perubatan, frontliners, dan pesakit-pesakit yang lebih memerlukan.”

topeng muka

Kenyataan baru ini dikeluarkan selepas kajian saintifik dilakukan yang menunjukkan keberkesanan penggunaan topeng muka untuk menghalang penularan wabak COVID-19. Tambahan pula, kerajaan di Eropah sendiri sudah mula memaklumkan orang awam untuk menutup hidung dan mulut ketika di tempat awam.

Ketua Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan berkata terdapat situasi tertentu yang membuktikan bahawa pemakaian topeng boleh mengurangkan kadar risiko jangkitan terhadap individu lain. WHO juga akan memberi sokongan kepada kerajaan yang mahu menggunakan pendekatan khusus berhubung pemakaian topeng muka, sebagai sebahagian daripada strategi komprehensif dalam usaha memerangi wabak terbabit.

Kenyataan WHO sebelum ini sedikit sebanyak adalah kerana kebimbangan dengan penggunaan topeng muka yang boleh membawa kepada permintaan yang tinggi dari orang awam. Perkara ini pastinya akan menjejaskan golongan yang lebih memerlukan seperti petugas perubatan dan frontliners sekiranya tiada bekalan yang mencukupi.

Artikel berkaitan: COVID-19: Malaysia Akan Mencapai Kemuncak Kes Pada Pertengahan April Mengikut Jangkaan WHO

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...