WHO Isytihar Wabak Wuhan Coronavirus Situasi Kecemasan Antarabangsa, Cadang Langkah Halang Penyebaran Wabak

Trending

WHO Isytihar Wabak Wuhan Coronavirus Situasi Kecemasan Antarabangsa, Cadang Langkah Halang Penyebaran Wabak

Wabak coronavirus Wuhan kini ialah satu kecemasan kesihatan awam yang memerlukan perhatian antarabangsa menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Namun begitu, beliau  juga mengumumkan bahawa tidak perlu mengehadkan perjalanan dan perdagangan dengan China.

Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, organisasinya memutuskan untuk mengumumkan situasi cemas, bagi memberikan WHO lebih kuasa mengarahkan respons, kerana coronavirus boleh membawa kemusnahan kepada negara yang mempunyai sistem kesihatan awam yang lemah.

Advertisement

Dia menekankan yang keputusan itu tidak membayangkan apa-apa mengenai China, mengatakan respons China telah menyelamatkan dunia dari lebih kes dan kematian.

Dari 7,884 kes disahkan setakat ini, hanya 98 di luar China, katanya.

Buat masa ini kita tidak ada kes kematian di luar China, jadi kita harus bersyukur. Walaupun jumlah ini jauh lebih kecil dari jumlah kes di China, kita mesti bertindak bersama untuk menghalang penyebaran wabak ini dengan lebih meluas.

Apa yang kita perlu beri perhatian ialah potensi untuk virus ini tersebar ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lebih lemah, yang tidak cukup bersedia untuk berhadapan dengannya. Keputusan ini bukan tanda kita tidak yakin dengan China.

Jawatankuasa kecemasan yang menasihatkan Ketua Pengarah WHO itu membuat pelbagai siri cadangan. Tedros memberitahu, antara perkara pertama yang dicadangkan ialah ‘tiada sebab untuk melaksanakan kaedah yang boleh menghalang perjalanan antarabangsa dan perdagangan’.

Dia juga menambah mengenai kepentingan untuk melawan khabar angin dan maklumat salah yang sedang beredar mengenai wabak itu.

Dalam masa beberapa minggu lepas, kita telah menyaksikan kemunculan satu patogen yang sebelum ini tidak dikenali, yang keseriusannya telah meningkat menjadi satu wabak yang tidak dijangka, dan dibalas dengan respons yang tidak dijangka.

China patut diberi kredit atas kaedah yang dilakukan untuk mengekang penyebaran wabak ini walaupun ia membawa impak yang buruk dari segi sosial dan ekonomi kepadanya.

Untuk makluman, setakat artikel ini ditulis, sudah ada 9,171 kes disahkan di seluruh dunia, dengan jumlah kematian sehingga 213 orang. – amazingnara.com via The Guardian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...