WHO Beri Amaran Penularan COVID-19 Kini Memasuki Fasa Bahaya

Trending

WHO Beri Amaran Penularan COVID-19 Kini Memasuki Fasa Bahaya

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi peringatan kepada orang ramai bahawa pandemik coronavirus memasuki fasa “baru dan berbahaya”. Di mana penularan wabak virus ini akan lebih cepat menular di seluruh dunia.

WHO mendesak untuk negara-negara untuk tetap berwaspada dan mengambil pendekatan lebih ketat. Menurut Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, wabak itu semakin cepat menular dengan jumlah kes yang paling banyak dilaporkan dalam sehari.

Advertisement

“Pandemik ini semakin meningkat. Lebih daripada 150,000 kes baru COVID-19 dilaporkan kepada WHO semalam.”

covid-19

Wabak coronavirus ini telah melanda seluruh dunia yang membunuh sekurang-kurangnya 454,000 orang dan menjangkiti lebih daripada 8.5 juta di seluruh dunia sejak wabak itu menular bermula di China akhir tahun lalu.

Ketua WHO mengatakan orang ramai kini mula berasa bosan dengan pelaksanaan ‘lockdown’ yang dilakukan untuk menghentikan penyebaran wabak ini. Pada masa yang sama juga, terdapat keperluan untuk membuka kembali perniagaan untuk menangani kerosakan ekonomi tetapi wabak COVID-19 masih menimbulkan ancaman besar.

“Dunia sedang dalam fasa baru dan berbahaya. Negara-negara juga berminat untuk membuka kembali ekonomi mereka.”

Tetapi virus ini masih lagi menular dengan cepat, menjadikan kes jangkitan semakin tinggi dan membawa kepada kematian. Dengan jumlah kes positif tertinggi, Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas di dunia.

AS telah melaporkan sejumlah 22,97,190 kes positif dan 1,21,407 kematian setakat ini. Diikuti oleh Brazil dengan 1,038,568 kes dan 49,090 kematian, Rusia (569,063 kes, 7,841 kematian) dan India (395,812 kes, 12,970 kematian).

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...