Whitney Houston Meninggal Dunia Pada Umur 48 Tahun

Hiburan

Whitney Houston Meninggal Dunia Pada Umur 48 Tahun

Whitney Houston dilaporkan telah meninggal dunia pada umur 48 tahun. Penyanyi yang popular dengan lagu “The Greatest Love Of All” ini ditemui mati di biliknya di dalam sebuah hotel. Punca kematian masih disiasat.

Selain daripada menjual jutaan album nyanyian, Whitney Houston juga sangat popular dengan filem The Bodyguard. Malah pengaruh Whitney Houston juga begitu kuat kepada penyanyi seperti Mariah Carey dan Christina Aquilera.

Advertisement

Namun begitu, hidup Whitney Houston dipengaruhi dengan kokain, marijuana dan juga pil-pil. Akibatnya, kadang-kala Whitney Houston gagal mencapai suara tinggi seperti di dalam album nyanyiannya ketika membuat persembahan.

Takziah diucapkan kepada keluarga Whitney Houston atas pemergian ini. Apa pun, lagu favourite Abang Nara nyanyian Whitney Houston tak lain tak bukan ialah Greatest Love of All. Anda pula bagaimana?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...