February 12th, 2012

Whitney Houston dilaporkan telah meninggal dunia pada umur 48 tahun. Penyanyi yang popular dengan lagu “The Greatest Love Of All” ini ditemui mati di biliknya di dalam sebuah hotel. Punca kematian masih disiasat.

Selain daripada menjual jutaan album nyanyian, Whitney Houston juga sangat popular dengan filem The Bodyguard. Malah pengaruh Whitney Houston juga begitu kuat kepada penyanyi seperti Mariah Carey dan Christina Aquilera.

Namun begitu, hidup Whitney Houston dipengaruhi dengan kokain, marijuana dan juga pil-pil. Akibatnya, kadang-kala Whitney Houston gagal mencapai suara tinggi seperti di dalam album nyanyiannya ketika membuat persembahan.

Takziah diucapkan kepada keluarga Whitney Houston atas pemergian ini. Apa pun, lagu favourite Abang Nara nyanyian Whitney Houston tak lain tak bukan ialah Greatest Love of All. Anda pula bagaimana?


102 responses to “Whitney Houston Meninggal Dunia Pada Umur 48 Tahun”

  1. macikkau says:

    tetibe plak da pasal isu agama…. racist betol lah… puiii…. apa2 pun, whitney houston the best ! she will be always remembered! RIP WHITNEY ! My deep condolences to her family…

  2. mojako says:

    xder bezanya yang mengutuk tu…dah pegi tu pegila… urusan tuhan.

  3. Hanafi says:

    kenapa mencaci orang yg dah mati?

    orang islam boleh menghina orang kafir yang dah mati ke??

    aku tak pernah dengar Nabi Muhammad menghina..
    perempuan tua yahudi yang buta (yang selalu menghina nabi)
    pun Nabi layan dengan baik ..
    Nabi selalu suapkan dia makan, walaupun dia kafir yahudi.

    takziah pada whitney family,

    So, sebagai MUSLIM, tolonglah PAMERKAN nilai2 anda sebagai seorang ISLAM!

Loading...