When You Chase Allah, The World Will Chase You – Nur Fathia

Hiburan

When You Chase Allah, The World Will Chase You – Nur Fathia

Menarik sungguh kata-kata Nur Fathia selepas kemenangannya di dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH29. Telah pun mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya baru-baru ini, Fathia menganggap kemenangannya adalah rezeki kurniaan Allah. Betul lah kata orang, apabila kita mengikut syariat yang ditetapkan olehNya, pelbagai rezeki dalam bentuk lain akan muncul.

fathia

Advertisement

Kata Nur Fathia:-

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas rezeki yang diberikan. Sejujurnya, saya langsung tidak menjangkakan kemenangan ini. Saya mengakui yang saya mempunyai lebih banyak produk di kaca televisyen berbanding filem.

Jika menang pun, saya rasa mungkin dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, tetapi mungkin ini sudah rezeki saya. Saya menghadirkan diri di malam kemuncak ABPBH 29 ini pun kerana mahu menunjukkan sokongan terhadap acara ini dan tidak sangka pula saya yang bertuah malam ini.

Saya rasa bukan kerana hijab. Anugerah yang diterima adalah rezeki kurniaan Allah. Bagi saya, when you chase Allah, the world will chase you. Berada dalam bidang lakonan, saya tidak pernah mengharapkan apa-apa anugerah dan ikhlas dalam menjayakan setiap watak yang saya jayakan

fathia

Terbaik bukan kata-kata Fathia? Bukan senang untuk mengambil keputusan bertudung lebih-lebih jika terlibat dalam industri lakonan. Abang Nara memang respek dengan Fathia dan artis-artis muda lain yang mengambil keputusan sebegini. Sesungguhnya bertudung tidak akan menutup rezeki anda. Mungkin tawaran berlakon akan berkurangan, namun pintu rezeki di dalam bidang lain akan muncul. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber Astro Gempak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...