WhatsApp Perkenalkan Ciri Terbaru Membolehkan Panggilan Video Dibuat Seramai 8 Orang Dalam Satu Masa

Teknologi

WhatsApp Perkenalkan Ciri Terbaru Membolehkan Panggilan Video Dibuat Seramai 8 Orang Dalam Satu Masa

Rata-rata pengguna kini lebih selesa menggunakan servis panggilan video berbanding panggilan telefon yang biasa. Selain dapat mendengar suara, panggilan video jauh lebih menarik digunakan kerana dapat melihat wajah orang yang dihubungi.

Sepanjang bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan arahan perintah berkurung di beberapa negara luar, penggunaan panggilan video naik secara mendadak. Servis ini digunakan untuk tujuan bekerja, pembelajaran dan juga berhubung dengan kenalan rapat.

Advertisement

Syarikat pengeluar aplikasi WhatsApp juga tidak mahu melepaskan peluang dengan turut memperkenalkan satu lagi fungsi terbaru dalam aplikasi tersebut. Pengguna WhatsApp kini mampu menggunakan panggilan video secara serentak dengan 8 individu sekali gus.

panggilan video

Sebelum ini fungsi panggilan video di WhatsApp hanya terhad kepada 4 orang dalam satu masa. Dengan perkenalan fungsi panggilan video yang dinaiktaraf ini, pastinya pengalaman pengguna untuk melakukan panggilan video semakin aktif.

Bagi yang meragui sistem keselamatan aplikasi Zoom boleh mencuba untuk menggunakan fungsi terbaru WhatsApp sebagai alternatif lain.

WhatsApp sebelum ini tidak pernah terlibat dengan sebarang dakwaan kebocoran maklumat menawarkan sistem keselamatan yang lebih baik. Pengguna tidak akan mnghadapi masalah sekiranya perbualan anda dapat diceroboh pihak ketiga.

panggilan video

Bagaimanapun, fungsi ini masih belum dilancarkan secara rasmi untuk digunakan oleh semua penguna. Pihak syarikat aplikasi ini akan mengumumkan secara rasmi dalam masa yang terdekat. Pengguna dapat menikmati fungsi ini untuk berada dekat dengan insan tersayang menjelang raya ini.

Meskipun keadaan sekarang menghalang kita untuk bertemu keluarga terdekat secara nyata, dapat ‘berjumpa’ dalam telefon dan berborak sudah cukup dapat memberi makna Hari Raya kita.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...