Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

WhatsApp Dato’ Hattan Kena Godam, Tagih RM200-RM300 Dekat Sahabat Handai

Dato Hattan

Penyanyi terkenal, Dato’ Hattan tampil membuat laporan polis berikutan aplikasi WhatsApp miliknya telah digodam dan melakukan penipuan dengan meminta duit daripada kenalan yang terdapat dalam telefon bimbit.

Advertisement

Jelas Hattan, individu yang menggodam WhatsApp tersebut dipercayai telah meminta semua kenalan dalam nombor peribadinya agar menyumbangkan antara RM200 dan RM300 setiap seorang.

Enggan namanya terus tercalar disebabkan insiden itu, Hattan telah membuat laporan polis agar individu tersebut dapat ditahan dan tidak lagi memperdaya orang lain pada masa akan datang.

Advertisement

Saya baru balik dari balai polis untuk membuat laporan. Telefon saya digodam. Petang tadi nombor telefon kawan saya yang ada gambar dia hantar mesej konon-konon minta tolong. Malam ni gambar saya pula yang kena. Habis semua kawan-kawan saya terima Whatsapp katanya saya minta duit RM200 ke RM300. Itu adalah scam.

Tambah penyanyi lagu Biso Bonar ini lagi, dia belum berhadapan dengan masalah kewangan yan teruk sehingga perlu meminta-minta seperti itu.

Hattan berkongsi mengenai perkara itu di laman Instagram miliknya untuk pengetahuan peminat dan juga sahabatnya yang berada di media sosial.

Terdahulu, Hattan bukanlah selebriti yang pertama dipergunakan untuk tujuan penipuan seperti itu malah artis tempatan lain seperti nombor telefon pelakon senior Mubarak Majid juga pernah digodam teruk sehingga mengalami kerugian ribuan ringgit.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top