WhatsApp Bakal Tampil Dengan Lebih Banyak Ciri Baru

Teknologi

WhatsApp Bakal Tampil Dengan Lebih Banyak Ciri Baru

Hari demi hari, WhatsApp terus menerus cuba memberikan yang terbaik untuk para pengguna mereka.

Versi beta terkini aplikasi WhatsApp sangat menarik kerana mereka memperkenalkan beberapa ciri baru yang bakal membuat para pengguna teruja.

Advertisement

Sumber:Indian Express

Perubahan tidak terhad hanya kepada penampilan atau look aplikasi ini sahaja, tetapi juga termasuk fungsi lain seperti keselamatan yang dinaik taraf untuk menjadikan pengguna lebih yakin menggunakan aplikasi ini.

Antara perubahannya ialah, warna latar belakang (chat background) yang baru, gerak isyarat (swipe gesture) dan keupayaan untuk membuka WhatsApp hanya melalui Face ID atau Touch ID akan menemui pengguna dalam masa terdekat.

Dark mode

Sumber: Packix

WhatsApp telah mengumumkan tentang ciri dark mode yang sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai pengguna mereka. Dark mode, di mana latar belakang aplikasi ditukar dari putih ke hitam atau warna yang lebih gelap. Banyak aplikasi lain yang telah menggunakan ciri ini seperti YouTube, Twitter dan Telegram.

Sumber: wccftech

Dark Mode bukan hanya pada permukaan skrin, ia juga mempunyai beberapa manfaat praktikal untuk pengguna. Antaranya ialah, penggunaan bateri dapat dikurangkan, terutamanya pada telefon pintar dengan paparan OLED, kerana latar belakang hitam lebih banyak penjimatan tenaga. Selain itu, warna gelap lebih menyenangkan untuk mata manusia dan kawasan putih yang kurang akan meminimumkan cahaya biru, yang membantu kita tidur lebih baik pada waktu malam.

Right-swipe untuk membalas chat

Sumber: Trickville

Ciri ini berfungsi jika anda ingin membalas serta-merta mesej yang telah dihantar pada sebelum-sebelum ini dan sukar untuk skroll kembali mencari mesej tersebut, maka anda boleh menggunakan ciri right-swipe ini.

Oleh itu, mesej tersebut, termasuk respons, akan muncul kembali di bahagian chat history. Ciri ini berfungsi untuk chat individu dan group.

Face ID dan Touch ID

WhatsApp juga akan menaik taraf fungsi keselamatan mereka. Disebabkan aplikasi ini boleh dibuka oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada telefon pintar tersebut. Maka, WhatsApp ingin menawarkan kepada penggunanya peluang untuk menafikan akses orang asing kepada aplikasi itu.

Apabila pengguna mengaktifkan mana-mana pilihan sama ada “Require Touch ID ” atau “Require Face ID” di dalam tetapan, maka mereka memerlukan pengesahan terlebih dahulu setiap kali ingin membuka aplikasi ini. Ciri ini mungkin akan diaplikasikan untuk pengguna iPhone terlebih dahulu.

Sekiranya terdapat terlalu banyak percubaan masuk akaun WhatsApp yang tidak sah, aplikasi tersebut akan meminta kod laluan iPhone berkenaan.

Tetapi, WhatsApp belum lagi mengumumkan sama ada ciri dan fungsi keselamatan terbaru itu akan dilancarkan untuk para pengguna Android.

Bagaimanapun, ke semua ciri tersebut masih dalam peringkat percubaan pertama dan mungkin memerlukan lebih banyak try and error sebelum betul-betul dilancarkan dan untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna.

Sumber: Note Book Check

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...