WhatsApp Bakal Perkenal Ciri Untuk Terima Atau Tolak Jemputan Masuk Ke Dalam Grup Perbualan

Trending

WhatsApp Bakal Perkenal Ciri Untuk Terima Atau Tolak Jemputan Masuk Ke Dalam Grup Perbualan

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana nombor telefon anda ditambah masuk ke dalam grup perbualan WhatsApp tanpa kebenaran anda terlebih dahulu?

wasep

Advertisement

Hal itu membuatkan ada sesetengah individu berasa serba salah untuk keluar daripada grup perbualan kerana bimbang menyinggung perasaan orang lain.

Justeru memahami apa yang dilalui oleh penggunanya, WhatsApp dilapor akan menyertakan ciri Sistem Jemputan Kumpulan pada aplikasi mereka.

Melaluinya, anda boleh memilih sama ada untuk menerima atau menolak jemputan masuk ke dalam grup perbualan tersebut.

Berikut adalah caranya:

Di bahagian tetapan, terdapat tiga opsyen yang boleh anda pilih iaitu:

Everyone – Sesiapa sahaja boleh tambah masuk anda ke dalam grup. Tiada jemputan diterima.

My Contacts – Hanya kenalan boleh tambah anda pada bila-bila masa. Selain daripada kenalan, jemputan ke dalam grup akan diberikan.

Nobody – Kenalan atau pengguna lain tidak boleh tambah masuk anda ke dalam grup. Hanya jemputan akan diberikan kepada anda.

wasep

Apabila jemputan dibuat, paparan perbualan baru akan muncul disertai dengan dua butang Accept dan Decline.

Jemputan masuk ke dalam kumpulan itu perlu disahkan dalam tempoh 72 jam. Selepas tempoh itu, anda tidak boleh masuk ke dalam grup perbualan itu dan perlu menunggu jemputan baru.

wasep

Ciri ini masih belum ditawarkan kepada umum dan perlu menjalani ujian beta terlebih dahulu.

Semoga selepas ia dilancarkan, anda tidak perlu rungsing lagi dijemput ke dalam grup perbualan tanpa kebenaran.

Sumber Berita: Hitz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...