WhatsApp Akan Mengenakan Caj Kepada Peniaga

Trending

WhatsApp Akan Mengenakan Caj Kepada Peniaga

Perkhidmatan mesej WhatsApp akan mengenakan caj kepada perniagaan untuk setiap mesej pemasaran dan perkhidmatan pelanggan oleh mereka. Ini berikutan syarikat itu mengalami pertumbuhan pendapatan yang agak perlahan.

Sumber: The Star

Caj akan dikenakan pada kadar tetap untuk penghantaran yang disahkan, dari 0.5 sen hingga 9 sen setiap mesej bergantung kepada negara.

Advertisement

Facebook sedang mencari jalan untuk memperoleh pendapat daripada perkhidmatan WhatsApp dalam menghadapi peningkatan kos yang mereka telah keluarkan untuk meningkatkan perlindungan privasi dan dalam menangani masalah ketagihan media sosial.

WhatsApp yang mempunyai kira-kira 1.5 bilion pengguna itu akan mula membenarkan para perniaga menggunakan perkhidmatan WhatsApp Business API untuk menghantar pesanan notifications kepada pelanggan seperti pengesahan penghantaran, reminder untuk temujanji dan tiket acara.

SUmber: Google Play

Mereka mengakui yang mereka mengenakan kadar caj premium jika dibandingkan dengan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). WhatsApp telah umumkan pada Januari lalu yang mereka akan membenarkan akaun perniagaan kecil untuk berkomunikasi melalui aplikasi Perniagaan WhatsApp, yang mempunyai lebih daripada 3 juta pengguna aktif dan WhatsApp memang sudah berhasrat mengenakan caj kepada peniaga pada masa akan datang.

Sumber: Tecto Gizmo

Facebook juga berkata selepas ini penggunanya dan aplikasi Instagram boleh melihat jumlah masa yang mereka habiskan menggunakan aplikasi-aplikasi itu setiap hari dan akan menerima notifications apabila mereka melebihi waktu penggunaan yang ditetapkan. Pengguna juga boleh pilih untuk mute notifications sehingga lapan jam.-Reuters

Sumber:The Star Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...