What’s Your Code? Tentukan Warna Anda Dengan C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème

Branded

What’s Your Code? Tentukan Warna Anda Dengan C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème

“Tekstur dah cantik, tapi warna yang masuk dengan aku takde pula!”

Masalah pemilihan warna lip creme yang ‘matching’ merupakan antara masalah biasa bagi kaum wanita terutama ketika nak dipadankan dengan tema baju.

Itu belum lagi dah jumpa warna cantik, tapi tekstur pula spoil. Geram betullah!

Tapi korang tak perlu risau, ni Beautifulnara nak kongsikan produk terbaru daripada lip creme terbaru daripada C.CODE, jenama alat solek eksklusif dari Watsons.

What’s Your Code? It’s C.CODE!

Orang kata lagi banyak warna, lagi senang nak pilih warna lip creme yang masuk dengan kulit. Mana tidaknya, setiap daripada kita kan mempunyai warna kulit yang berbeza.

Boleh jadi, warna tu nampak cantik pada orang berkulit cerah tapi pada kita yang sawo matang terus jadi kelam.

Haaa.. Sebab tu C.CODE keluarkan 17 PILIHAN WARNA lip creme yang cantik, khas untuk mereka yang suka tampil bergaya. Korang tinggal pilih warna je mana yang sesuai dengan kulit korang.

Sebagai perempuan ni, kami yakin satu warna lip creme je tak akan pernah cukup. Jadi dengan 17 pilihan warna, korang bebas untuk bereksperimentasi mengikut citarasa, karakter dan mood korang. Semua ni korang boleh lakukan hanya dengan C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème.

C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème, Tekstur Ringan & Tahan Lama

Benda pertama yang kita selalu ambil kira bila beli lip creme ni semestinya teksturnya. Kami dah cuba sendiri C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème ni, apa yang kami boleh katakan teksturnya sangat ringan dan lembut pada bibir.

Daripada sapuan pertama, korang dapat lihat bibir nampak plump and juicy.

Bagi penggunaan untuk jangka waktu yang panjang korang tak perlu bimbang sebab lip creme ni tak membuatkan bibir rasa melekit atau kering.

Paling best, C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème juga pigmented dan warnanya boleh stay sehingga 24 jam tau. Tak payah risau asyik nak kena touch up bibir.

Korang tahu tak, sekarang ni tengah ada promo untuk C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème sebanyak 15%! Nak lagi diskaun? Khas untuk ahli Watsons, korang akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10%! Fuh, harga asal RM26.90, kalau dah tolak diskaun memang lagi berbaloi!

Naikkan Seri Wajah Dengan Produk Kecantikan Terbaru C.CODE

Haaa. Bukan sahaja lipmatte, C.CODE juga baru melancarkan beberapa produk terbaru yang confirm korang akan grab!

Tak lengkap la solekan kalau solekan mata nampak boring kan? Korang kena cuba C.CODE Longwear Eyeliner yang memberikan efek mata yang lebih memukau. Paling penting, anti-comot!

Harga asal C.CODE Longwear Eyeliner ini ialah RM24.90, sekarang ada PWP dengan diskaun sebanyak 30 peratus.

Nak volume up solekan mata korang? Apa kata cuba C. CODE Longwear Microliner ni. Eyeliner dengan applicator tirus hanya 1.8 mm yang memudahkan korang untuk melakukan apa-apa sahaja gaya solekan mata yang korang inginkan dengan mudah!

Harga asal RM 21.90, PWP diskaun sebanyak 30 peratus.

Nak bulu mata lebih lentik? Guna je C.CODE Super Slim Mascara! Maskara berbentuk dinamik, applicator tirus yang memudahkan korang untuk menggunakannya. Maskara ini juga bersifat tahan lama dan kalis air serta mengekalkan kehidratan setiap kali pemakaian. Tak perlu pakai bulu mata palsu lagi!

Harga asal RM 29.90, diskaun sebanyak 20 peratus.

Dah makeup cantik-cantik, kalau boleh mestilah nak tahan lama pada wajah kan?

Haa.. C. CODE pun ada setting spray tau guys. Ia berfungsi untuk mengekalkan ketahanan solekan korang agar kekal sepanjang hari. Ia ringan dan membantu kulit wajah menjadi lebih segar serta melembapkan kulit sehingga 24 jam!

Harga asal RM42.90, diskaun sebanyak 20 peratus.

Kolabrasi Bersama Dewi Mayo, Pelukis Tempatan Terkenal Dengan Hasil Seni Kreatif

Korang dah check out video DOLLA x C.CODE untuk produk terbaru ni? Kalau korang perasan video promo untuk produk terbaru C.CODE kali ini nampak moden, colorful dan sesuai dengan gaya DOLLA yang berjiwa muda kan?

Haa kalau korang nak tahu, di sebalik latar belakang yang dipenuhi dengan lukisan mural dengan design yang menarik tu, C.CODE juga turut bekerjasama dengan pelukis mural tempatan iaitu Dewi Miyo.

Walaupun dalam usia muda, Dewi Miyo atau lebih dikenali dengan nama akaun Instagramnya iaitu @thablackcat sering menghasilkan lukisan mural yang menarik. Kali ini, Dewi melangkah setapak lagi untuk berkolabrasi dengan jenama besar seperti C.CODE untuk meluaskan lagi kariernya sebagai pelukis mural. Fuh! Memang kena lah dengan imej C.CODE yang sentiasa memperkasakan wanita!

DOLLA pun guna C.CODE? Patutlah cantik!

Rasanya kumpulan DOLLA ni dah cukup famous di Malaysia dengan imej segar yang dibawakan. Terdiri daripada Angel, Syasya,Sabrina, dan Tabby, fesyen dan gaya kumpulan DOLLA ni sering menjadi ikutan ramai terutama generasi muda.

Lihat sajalah pembawakan imej kumpulan DOLLA di acara atau ketika melakukan persembahan. Solekan gadis-gadis ini sentiasa menjadi tumpuan dan keempat-empat mereka bijak menyerlahkan aura di sebalik warna yang berbeza.

Tidak keterlaluan jika kami katakan pemilihan tona warna bagi C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème yang mereka gunakan berjaya buatkan mereka nampak lebih menyerlah!

Korang rasa apa CODE DOLLA?

Pilih Kod Anda & Tampil Berani Dengan C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème

Dapatkan C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème korang secara eksklusif di Watsons hari ini!

Dijual pada harga RM26.90 sahaja, miliki kesemua warna cantik dari C.CODE Matte Everlasting Extreme Lip Crème dan tampil bold persis DOLLA.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang produk C.CODE yang lain, korang boleh ikuti C.CODE di Facebook dan Instagram atau nak lebih mudah apa kata korang muat turun aplikasi WATSONS di SINI sekarang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...