“What A Joykiller, Patutlah Kawan Dengan..” – Busana Kahwin Ezlisa Loy Didakwa Tiru Gaya Ally Mukhriz, Elfira Loy Bersuara

Hiburan

“What A Joykiller, Patutlah Kawan Dengan..” – Busana Kahwin Ezlisa Loy Didakwa Tiru Gaya Ally Mukhriz, Elfira Loy Bersuara

Tular di media sosial apabila busana perkahwinan Ezlisa Loy dikatakan mirip dengan busana persandingan pempengaruh dan cucu bekas Perdana Menteri, Ally Mukhriz.

Ezlisa, adik kepada pelakon Elfira Loy, tampil anggun dalam busana songket biru muda dengan perincian manik merah jambu rekaan Samm Republic.

Advertisement

Kebetulan, Ally turut berkongsi semula foto lamanya memakai busana tradisional rekaan Fizi Woo sempena ulang tahun kelima perkahwinannya, sekali gus mencetus perbandingan dalam kalangan netizen.

“Kenapa baju sama macam Ally Mukhriz?” soal seorang pengguna.

Namun, Ezlisa menjelaskan bahawa ilham busananya adalah daripada pereka antarabangsa Michael Cinco yang berasal dari Filipina.

Elfira Loy turut tampil mempertahankan adiknya di ruangan komen serta menulis sindiran di Threads.

“What a joykiller, patutlah kawan dengan 🤐,” tulisnya.

Michael Cinco ialah seorang legenda. Dapat hasilkan busana hampir sama dengan rekaannya terutamanya bahagian skirt, sangat cantik. Apa pun, tujuan Ezlisa hanya untuk nampak cantik. Bukan nak bertanding siapa paling cantik.

Sementara itu, Fizi Woo memberi reaksi terhadap hantaran Ally dengan menyebut.

Masih menjadi rekaan yang paling saya banggakan. Penampilan yang sangat ikonik. Mereka masih cuba menirunya selepas separuh dekad.

Untuk rekod, Ezlisa telah selamat diijabkabulkan dengan Hafiz Azizi pada 29 Jun lalu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rahim sepahtu masuk memingan
2025-07-09 10:23:49

"Pantun Tak Ada, Habis Dekat Sepahtu Reunion"- Rahim Sepahtu Masuk Meminang Untuk Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...