Dalam diam, rupa-rupanya tahun ini Wet World Shah Alam akan berusia 20 tahun. Fuh!!! Selama 20 tahun satu Malaysia sudah menikmati keseronokan bermain segala macam permainan air yang ada di sini. Dengan airnya yang sejernih kristal, Wet World Shah Alam memang sesuai sangat untuk percutian sekeluarga, terutamanya buat mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan ingin menghabiskan masa bersama keluarga di hujung minggu tanpa perlu pergi jauh-jauh.
Selalunya bila ulang tahun atau hari jadi, kita yang akan dapat hadiah daripada kawan-kawan, kaum keluarga dan pasangan masing-masing. Tapi Wet World Shah Alam ingin membuat kelainan sedikit bersempena ulang tahun mereka yang ke 20 sebagai tanda penghargaan kepada anda semua yang pernah mengunjungi tempat ini. Ada 2 peraduan yang di bulan Julai dan Ogos ini oleh Wet World Shah Alam. Kedua-duanya menawarkan hadiah yang super awesome. Sebelum korang tahu peraduan apa yang bakal dilakukan, meh kita ushar beberapa gambar Wet World Shah Alam yang tersangatlah awesome. Teruja Abang Nara rasa nak pergi hari ini jugak.
Nampak best kan? Kalau nak tahu, kenalah pergi sendiri ke Wet World Shah Alam. Tapi sebelum pergi, meh kita tengok dulu 2 peraduan yang akan berlangsung sepanjang bulan Julai dan Ogos ini bersempena dengan ulang tahun ke 20 taman tema air ini.
1. Peraduan Post, Grab & Win di bulan Julai
Ini peraduan yang sangat-sangat mudah. Easy like ABC. Abang Nara yakin anda pasti banyak gambar-gambar yang pernah diambil ketika menikmati percutian di Wet World Shah Alam kan? Tak kiralah gambar bulan lepas ke, tahun lepas ke, 5 tahun lepas ke. Inilah masanya untuk anda mencari semula gambar-gambar tersebut. Peraduan ini memerlukan anda menghantar gambar yang diambil di Wet World Shah Alam menerusi Facebook Wet World Water Parks dengan caption yang paling kreatif.
Setiap penyertaan akan mendapat 4 tiket ke Wet World Shah Alam. Hantar gambar je dah dapat hadiah. Namun sekiranya anda dipilih sebagai pemenang, hadiah-hadiah di bawah ini menanti anda.
Amik kau semua kamera yang super duper awesome punya. Bolehlah ambil banyak lagi gambar di Wet World Shah Alam. Tapi perlu diingatkan tarikh tutup adalah pada 31 Julai ini. Jadi silalah selongkar balik album-album lama, harddisk-harddisk lama dan juga gambar Facebook anda untuk mencari gambar gaya lompat kijang anda di Wet World Shah Alam. Takkan tak nak menang hadiah kot?
2. Peraduan Slogan Wet World Shah Alam di bulan Ogos
Peraduan ini sebenarnya Abang Nara tak nak bagitau korang sebab hadiahnya best sangat. Tapi tak apalah. Rezeki kena kongsi sama-sama. Yang ini Abang Nara kena bagitau hadiah utamanya terlebih dahulu untuk buat korang excited. Hadiahnya ialah wang tunai RM20,000. Yes. Dua puluh ribu ringgit. Boleh terus buat majlis kahwin. Fuh banyak sungguh.
Dah tak sabar la tue kan nak menang RM20,000 tue kan? Caranya senang sahaja. Bermula 21 Julai sehingga 20 Ogos ini, silalah berkunjung ke Wet World Shah Alam. Dengan setiap pembelian bernilai RM20 di dalam satu resit, anda akan dapat satu penyertaan. Lepas itu jawab satu soalan yang teramatlah mudah. Seterusnya, buat satu slogan yang tidak melebihi 15 patah perktaan tentang Wet World Shah Alam. Jangan lupa sertakan sekali tiket masuk Wet World Shah Alam anda. Kemudian berdoalah kepada Tuhan agar nama anda dipilih sebagai pemenang. Tak dapat menang RM20,000 pun tak apa sebab hadiah-hadiah yang lain pun super duper awesome jugak.
Tue dia Samsung Galaxy Note 5, ada TV Samsung 40 inci dan Samsung J5 untuk bakal pemenang. Takkan tak nak menang kot? Ini semua hadiah yang ditawarkan bersempena ulang tahun ke 20 Wet World Shah Alam. Abang Nara dah ready dah nak pergi minggu depan. Dah siap suruh wife beli baju renang anak-anak. Tambah excited bila tengok video official Wet World Shah Alam. Dah dapat bayangkan dah keseronokan Aariz, Arissa dan Alara main air kat sana nanti.
Jadi tunggu apa lagi? Rebutlah peluang sekali seumur hidup yang ditawrkan oleh Wet World Shah Alam ini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi di www.wetworld.my. Jangan lupa LIKE Facebook Wet World Water Parks untuk informasi terkini. Selamat mencuba!!!