Wendy Cheng Bertukar Jadi Rosmah Sempena Halloween

Trending

Wendy Cheng Bertukar Jadi Rosmah Sempena Halloween

Seorang personaliti media sosial Singapura yang popular atau lebih dikenali sebagai @xiaxue telah mentranformasikan dirinya menjadi isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor sempena Halloween.

Advertisement

Dia yang juga seorang YouTuber telah mendapat permintaan yang tinggi daripada para penonton dan followersnya untuk membuat tutorial makeup yang boleh menjadikan dirinya kelihatan seperti Rosmah.

Semalam, xiaxue telah memuat naik sedikit sneek peek hasil make up tersebut di insta storynya dan memberitahu yang dia akan memuat naik video penuh tutorial itu bila proses edit selesai.

Dia menggunakan alat prostetik yang dibentuk dengan tangan untuk menghasilkan kesan dan tekstur seperti itu di wajahnya. Wendy menulis bahawa keseluruhan proses transformasi itu mengambil masa kira-kira empat jam untuk disiapkan. Fuh, gigihnya dia.

Jujurnya makeup yang dihasilkan sedikit keterlaluan dan agak menakutkan tetapi tidak dinafikan yang ada sedikit persamaan wajahnya dengan wajah Rosmah.

Wendy mula aktif dalam dunia blog sejak tahun 2003 dan memiliki lebih kurang 10 blog sejak penglibatannya. Selain itu, dia juga pernah menjadi pengacara untuk beberapa rancangan di Singapura. Sekarang, terdapat seramai 608K pengikut di Instagramnya dan 235,369 subscribers di channel YouTubenya.
Dia juga sering dipalit dengan kontroversi kerana penulisannya yang tajam dan pedas.

Contohnya pada tahun 2005, dia menulis artikel yang mengutuk tindakan lelaki kurang upaya kerana memarahi lelaki normal yang menggunakan tandas OKU sehingga mengundang reaksi negatif di media sosial. Isu ini juga menyebabkan dua penaja telah menarik balik tajaan mereka kepada Wendy.
Ini wajah Wendy yang sebenar sebelum bertukar menjadi Rosmah:

Dan ini perbandingan wajah Wendy yang telah dimake up dengan wajah sebenar Rosmah:Bagaimana pula pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...