Entri Nina Ismail Sabri di Threads pagi ini menarik perhatian ramai apabila beliau tampil memberi sokongan kepada Bella Astillah susulan kontroversi yang tercetus ketika Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025).
“Terlambat sikit sertai ‘parti’ pagi ni… awak boleh maafkan dan move on, tapi awak tak akan melupakan,” tulis Nina sambil menyatakan bahawa Bella tetap kelihatan profesional walaupun dipercayai sengaja diletakkan dalam situasi yang tidak selesa di atas pentas.
Netizen mengaitkan kenyataan Nina dengan momen penyampaian anugerah oleh Bella kepada Sophia Albarakbah, yang pernah dikaitkan sebagai ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Bella dan Aliff Aziz. Walaupun Bella dilihat kurang berinteraksi dengan Sophia, ramai memuji sikap matang dan tenang Bella ketika perlu menyampaikan anugerah.
Nina mengakhiri ciapan dengan pujian, “Well done Bella,” sekali gus menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang turut bersimpati dengan situasi tersebut.