Pelakon Scha Alyahya dilaporkan telah selamat menimang cahaya mata keduanya, seorang bayi perempuan seberat 3.2 kilogram yang dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 9.15 pagi tadi (Jumaat).
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh isteri kepada personaliti TV Awal Ashaari itu menerusi akaun Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Scha dalam hantaran tersebut meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anak keduanya itu dan turut memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan oleh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pusat perubatan tersebut.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut memaklumkan kesihatan bayi perempuan dan dirinya berada dalam keadaan baik dan sihat walafiat.
Memperkenalkan anak keduanya itu sebagai ‘baby L’, pelakon filem Bikin Filem ini juga memuat naik foto yang memaparkan dia bersama Awal dan bayinya itu berada di hospital menerusi laman sosial Instagram.
View this post on Instagram
“Kami bersyukur di atas amanat ini, dan berterima kasih di atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga. Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hati. Insya-Allah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak. Stay safe, and welcome to the world Baby L,”
Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil mengucapkan tahniah di atas kelahiran adik kepada Lara Alana ini. Sekadar info, Scha dan Awal Ashaari telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 yang lalu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.