Kia secara rasmi melancarkan Kia Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM), iaitu syarikat jualan nasional milik penuh Kia di Malaysia, memetik Paultan.org
Dua minggu lalu, Kia akan beralih kepada model operasi yang dikendalikan terus oleh prinsipal di Malaysia melalui penubuhan Kia Sales Malaysia (KSM). Kini, syarikat tersebut telah pun dilancarkan secara rasmi dalam satu acara di Bamboo Hills pada hari Rabu.
Mengambil alih peranan daripada pengedar sebelumnya, Dinamikjaya Motors milik Bermaz, KSM turut memperkenalkan barisan kepimpinannya yang terdiri daripada presiden dan CEO, Hyung Ho Kim, serta pengarah urusan, Emily Lek.

Di bawah model baharu yang dikendalikan terus oleh prinsipal, KSM akan mengambil alih sepenuhnya semua operasi jenama Kia di Malaysia bermula 1 Januari 2026, merangkumi aspek pemasaran, jualan, pengalaman pemilikan pelanggan serta latihan di seluruh negara.
Syarikat itu akan menyusun semula penawaran modelnya dengan memilih produk baharu yang lebih sesuai dengan keperluan pasaran Malaysia. Bagaimanapun, ia tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai model yang bakal diperkenalkan.
Sumber : Sumber : PaultanOrg Pada acara pelancaran, syarikat berkenaan mempamerkan barisan model sedia ada di bawah Dinamikjaya seperti Kia Carnival dan Kia Sportage, namun Kia Sorento tidak kelihatan.
Turut mencuri perhatian ialah kemunculan Kia EV9, yang jelas bertentangan dengan keputusan syarikat kembarnya, Hyundai Motor Malaysia (HMY), yang memilih untuk tidak menawarkan model EV buat masa ini.
Malaysia turut menjadi lokasi penting buat Kia apabila menempatkan ibu pejabat Kia Asia Pacific (Kia APAC), yang berfungsi sebagai pusat strategi utama untuk rantau Asia.
Kia APAC kini memantau enam anak syarikat termasuk Kia Sales Malaysia dan unit pengeluarannya, serta menguruskan operasi di 33 pasaran merangkumi ASEAN, Australia dan New Zealand.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
