Waze ‘Bawa’ Warga Emas Ke Ladang Sawit Di Benta & Terkandas Beberapa Jam Sebelum Akhirnya Dijumpai

Kehidupan

Waze ‘Bawa’ Warga Emas Ke Ladang Sawit Di Benta & Terkandas Beberapa Jam Sebelum Akhirnya Dijumpai

Seorang warga emas melalui pengalaman cemas selepas keretanya terkandas akibat lumpur di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Benta, Pahang. Kejadian terjadi ketika Pauzi Ismail, 70, menggunakan aplikasi waze namun tidak perasan sebelum akhirnya dia menyedari tersesat dan berada di ladang berkenaan.

Menurut anaknya, Jusmadi kejadian itu berlaku pada raya keempat dan Pauzi memandu sendirian dari Gua Musang, Kelantan untuk ke pulang ke rumahnya di Bandar Penawar, Johor.

Advertisement

Ayah beritahu dia hanya ikut sahaja arah Waze yang ditunjukkan itu tanpa melihat sekelilingnya. Mujur selepas menyedari tersesat ayah membuat panggilan kecemasan 999 dan ketika itulah baru kami mengetahuinya selepas bomba menghubungi sepupu.

waze bawa ke ladang sawit

 

Tak tahu ‘share location’

Tambah Jusmadi, ibunya naik dengannya dah ayahnya pula memandu bersendirian ke Hospital Gua Musang untuk melawat adiknya yang dirawat di sana.

Namun, disebabkan kesesakan trafik mereka terpisah dan bapanya yang tiba dulu di hospital sebelum bergerak pulang ke rumahnya di Bandar Penawar, Johor sekitar jam 5 petang dan dia pulang ke Kuala Lumpur.

Kira-kira ja 6 petang, Jusmadi mendapat panggilan daripada sepupu yang memberitahu dia dihubungi Bomba Pahang memaklumkan ayahnya tersesat di ladang sawit dan tidak mengetahui lokasi sebenar.

Saya dan adik cuba menghubungi ayah dan meminta dia berkongsi lokasinya menggunakan telefon bimbit itu namun ayah tidak tahu cara untuk melakukannya.

waze bawa ke ladang sawit

 

Mujur orang kampung tahu

Berbagai cara dilakukan mereka untuk mengetahui lokasi sebenar ayahnya termasuklah membuat panggilan video namun gagal kerana tiada sebarang petunjuk dapat diberikan oleh ayahnya memandangkan tiada nama jalan, bangunan atau rumah penduduk berdekatan dengan tempatnya terkandas.

Keadaan bertukar cemas selepas bateri telefon semakin lemah namun bapanya masih gagal berkongsi lokasinya kerana tidak mahir dalam teknologi itu. Malah ketika panggilan video itu pegawai polis dan bomba turut melihat bayang orang lain berada di tempat duduk penumpang sedangkan ayah ketika itu bersendirian.

Mujur selepas beberapa jam ayah berjaya menghantar lokasinya namun tidak beberapa tepat menyebabkan pihak polis bertanya kepada penduduk kampung sama ada mengetahui ladang kelapa sawit di kawasan itu.

waze bawa ke ladang sawit

waze bawa ke ladang sawit

Selepas melihat gambar, penduduk itu mendapati pokok sawit itu sudah tua dan tinggi dan memberitahu ladang itu sudah lama tidak diguna orang. Dengan bantuan penduduk tersebut menaiki motosikal masuk ke ladang sawit tersebut, ayahnya berjaya ditemui jam 10.02 malam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ketua polis hud aryan siasat ibu bapa
2 months ago

"Kami Rasa Cara Arwah Hilang Seperti Tidak Logik" - KP Kelantan Maklum Ibu Bapa Hud Aryan Disiasat, Mungkin Ada Unsur Kecuaian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...