April 7th, 2020

Mengimpikan sebuah keluarga yang besar dan sudah memiliki tiga cahaya mata comel, pelakon Wawa Zainal yang berusia 28 tahun berazam untuk menambah dua lagi bilangan cahaya mata sebelum mencecah usia 30 tahun dan akan “menutup kilang”.

wawa zainal mahu tambah anak sebelum 30

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka mengatakan Wawa sangat beruntung kerana sudah memiliki ramai anak di usia muda. Pada masa yang sama, rata-rata netizen mendoakan agar Wawa dan suami, Aeril Zafrel dimurahkan rezeki dan impian untuk menambah zuriat dimakbulkan.

Ada juga yang sempat berseloroh mengharapkan agar pasangan itu dikurniakan cahaya mata kembar.

wawa zainal mahu tambah anak sebelum 30

wawa zainal tambah anak

wawa zainal

Wawa telah mendirikan rumah tangga bersama Aeril pada tahun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6 tahun, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 4 tahun dan Ayya Sofea, 4 bulan.

Anak adalah penyeri rumah tangga dan memang seronok kalau ada anak ramai, keluarga bertambah bahagia dengan kasih sayang. Semoga hasrat Wawa itu dimakbulkan satu hari nanti.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...