Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Wawa Zainal Mahu Tinggalkan Dunia Lakonan

Wawa Zainal merupakan salah satu pelakon yang cukup manis dan jelita. Terkenal menerusi lakonan beliau yang agak baik dan beberapa kontroversi panas, nampaknya beliau kini sedang mengusahakan sesuatu buat masa depannya.

Advertisement

Wawa yang kini sudah mempunyai perniagaannya sendiri  yang dijalankan secara atas talian menyatakan hasrat untuk berhenti daripada dunia lakonan.

Fokus saya kini lebih kepada rumah tangga, perniagaan baju secara atas talian dan akan datang saya akan keluarkan produk kecantikan sendiri.

Jadi saya rasa buat apa saya penat berlakon jika pendapatan berniaga menyamai pendapatan saya ketika berlakon sebulan.

Wawa sudah mempunyai label beliau tersendiri yang menjual jubah wanita,lelaki dan kanak-kanak serta busana Muslimah dikenali dengan jenama WA gandingan pangkal nama beliau dan suami Aeril Zafrel. Bukan itu sahaja beliau juga merupakan duta kepada produk kecantikan Blinq Beauty Drink.

Advertisement

Usaha Wawa Zainal untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan adalah satu langkah yang baik. Dunia lakonan mempunyai pelbagai cabaran dan kita tidak boleh ramal apa yang berlaku pada masa hadapan. Sekarang Wawa sudah mempunyai masa juga untuk bersama keluarga tercinta bukan? Semoga usaha beliau membuahkan hasil yang baik.

Sumber Berita: Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top