Wawa Zainal Kongsi Gambar Anaknya, Aeril Zafrel Tak Kisah Dihina

Hiburan

Wawa Zainal Kongsi Gambar Anaknya, Aeril Zafrel Tak Kisah Dihina

Abang Nara pasti ramai yang ternanti-nanti mahu melihat wajah anak hasil perkahwinan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Pasti comel kerana emak dan ayahnya pun cantik dan kacak. Terbaru, menerusi laman Instagramnya, Wawa Zainal telah berkongsi gambar permata hatinya.

gambar anak wawa zainal

Advertisement

Dengan caption “Menanti cahaya mata ini sedar.menatap kami berdua.rindu dengar tangisannya“, gambar ini telah mendapat lebih 16,000 LIKE daripada peminat Wawa Zainal. Banyak pihak yang mendoakan kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan Ahmad Fakharuddin Attar yang telah dilahirkan pada 24 Ogos yang lalu.
gambar anak wawa zainal

Sebelum itu Aeril Zafrel juga telah berkongsi gambar anaknya menggenggam jari seseorang. Dengan caption “Ya bunayya. (Wahai anakku) engkau dari #cintahalal aby&ummiy“, gambar tersebut telah mendapat lebih daripada 24,000 LIKES. Malah Aeril Zafrel menerusi akaun Twitternya juga melahirkan rasa tidak kisah dihina oleh mereka yang memandang serong terhadap perkahwinannya.

gambar anak wawa zainal

Nampak gayannya Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah mula berani untuk berkongsi kisah hidup mereka selepas berkahwin. Nampak sangat bahagia dan ceria. Sama-samalah kita doakan agar mereka terus bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga apa yang telah terjadi dijadikan pengajaran buat mereka berdua dan kita semua.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...