Kalau hendak dikirakan, Wawa Zainal lebih dahulu menghiasi dunia hiburan Malaysia berbanding dengan Neelofa dan Izara Aishah. Entah di mana silapnya, nama gadis berusia 19 tahun ini masih tidak begitu popular. Itu dibuktikan apabila namanya tidak termasuk di dalam senarai Top 5 Artis Wanita Baru Popular untuk ABPBH2011.
Hendak dikatakan tiada rupa, Abang Nara rasa Wawa Zainal ada tarikannya yang tersendiri. Mungkin kekurangan kontroversi hangat menyebabkan nama Wawa lambat untuk dikenali umum. Namun Abang Nara dapat rasakan tahun 2012 ini bakal membantu Wawa untuk menyinar dengan lebih terang. Lagipun sudah banyak drama-drama lakonannya yang kini sedang ditayangkan di rangkaian televisyen.
Semoga untuk ABPBH2012 nama Wawa Zainal akan tercalon sebagai Top 5 dalam mana-mana kategori. Kepada Wawa, teruskan usaha anda untuk membina nama di dalam industri seni Malaysia. Abang Nara yakin anda boleh berjaya suatu hari nanti. Dan kalau boleh, biarlah popular kerana bakat bukannya kerana kontroversi murahan.
Ros Putih..
April 9, 2012 at 12:30 pm
Wawa ni memg ctk..dgn lesung pipit dia..tpi dia lgi ctk klau pakai tudung..manis jer muka dia..suka tgok dia brlakon dlm Bunga2 Syurga..
wan5478
April 9, 2012 at 9:19 am
aku suka mase tgok dier kat bunga2 syurga, tapi bile tgok kat cite cinta buat emelda tue terus rase nyampah lak dier pakai skirt atas lutut. cancel terus rombongan meminang
Kurus
April 9, 2012 at 8:59 am
wawa adalah salah seorang pendatang baru
yang amat menyerlah dari segi lakonan
natural dan menjiwai
suka sgt2 artis2 baru seperti wawa izara neelofa
n anjalna.. begitu juga pelakon2 lelaki yg baru..
lady J
April 9, 2012 at 8:19 am
serius dari muka wawa ni mcm pretty zinta…. canteekkk….
buriayam
April 9, 2012 at 1:55 am
1st…