Lima tahun mendirikan rumah tangga bukanlan perkara yang mudah. Menerusi portal mStar Online, pelakon Wawa Zainal mendedahkan perkahwinan beliau dan Aeril Zafrel hampir musnah gara-gara seorang peminat fanatik yang mengakui Wawa sebagai kekasihnya.
Peminat itu menghantar mesej secara peribadi kepada Aeril di media sosial sehinggakan mereka suami isteri bergaduh besar.
Ada peminat yang hantar mesej kepada Aeril secara peribadi dan mengaku dia merupakan kekasih saya sehingga ia menyebabkan kami bergaduh besar kerana lelaki itu. Saya kenal dia sebagai peminat, namun saya tidak menyangka dia boleh bertindak melampau dan bertujuan merosakkan rumah tangga kami.
Perkara itu juga membuatkan saya diserang oleh kekasih lelaki itu yang menuduh saya pula merampas kekasihnya.
Walaubagaimanapun, berkat kesabaran mereka, Wawa meluahkan rasa syukur kerana beliau telah melepasi tempoh lima tahun perkahwinan yang penuh dengan ujian.
Kini tiada lagi rasa cemburu ataupun salah faham kerana mereka sudah semakin serasi dan percaya antara satu sama lain.
Alhamdulillah, lima tahun perkahwinan kami lalui agak sukar kerana tempoh itu adalah masa kami untuk membina keserasian dan kepercayaan antara satu sama lain.
Saya anggap fasa itu sudah lepas dan sekarang tiada lagi cemburu buta dan lebih faham. Bukan senang nak bina persefahaman itu, ia perlu ambil masa.
Dalam pada itu, ditanya tentang hubungan dengan suaminya yang dikatan berantakan akibat sikap cemburu, Wawa memberitahu beliau lebih mengetahui sikap sebenar Aeril.
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendirikan rumah tangga  pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 3, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang baharu sahaja berusia setahun.