Meskipun ramai yang menjadikan pasangan ini #relationshipgoals kerana usia perkahwinan hampir mencecah 10 tahun namun pelakon Wawa Zainal mendedahkan sebenarnya ramai wanita cuba untuk mengganggu rumah tangganya.
Cerita pelakon yang juga seorang usahawan kosmetik itu, wanita-wanita dimaksudkan itu cuba mendekati suaminya, Aeril Zafrel menerusi akaun media sosial.
Malah, Wawa turut mendedahkan bahawa Aeril pernah mendapat kiriman mesej di Instagram daripada seorang wanita yang menghantar gambar seksi.
Ada, mestilah ada (wanita mengganggu rumah tangga). Ada la yang DM dia. Ada perempuan hantar gambar seksi kepada Aeril tapi suami saya cepat-cepat padam.”
Aktor berusia 34 tahun itu bagaimanapun beranggapan bahawa wanita yang menghantar gambar berkenaan sengaja menggunakannya sebagai taktik untuk menipu.
Aeril berpendapat ini adalah taktik scammer bertujuan untuk memperoleh duit daripada artis atau mana-mana individu agar gambar lucah mereka tidak disebarkan.
Mungkin bila hantar benda itu, kemudian dia nak kita bagi benda yang sama. Lepas itu, dia viralkan gambar kita, dia nak scam la dengan minta duit. Kalau tak bagi, sebarkan benda itu….amat bahaya.”
Malah Aeril turut berasa ramai orang di mana video atau gambar lucah mereka tersebar adalah disebabkan oleh scammer seperti itu.
Sekadar info, Wawa dan Aeril diijabkabulkan pada tahun 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata.