October 18th, 2013

Semasa sidang media di mana Wawa Zainal dan Airel Zafrel mengumumkan status perkahwinan mereka Jumaat lepas, Wawa dilihat mengenakan tudung dan baju kurung. Timbul persoalan di kalangan pihak media dan juga orang awam sama ada Wawa sudah berhijrah atau bertudung sepenuhnya.

Sinar Harian telah mendapatkan komen Wawa tentang perkara tersebut, dan pelakon itu memberitahu dia belum bertudung sepenuhnya.

Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama.

Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka.

Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi.

Begitulah komen Wawa. Mungkin beliau memerlukan masa untuk bertudung dan penampilan muslimahnya semasa sidang media tersebut adalah salah satu usaha beliau untuk ke arah itu. Apa pendapat anda?


Nak dapat RM 100,000? Sertai PLANET JOGET anjuran JKKN dan RTM. Sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut!


Comments are closed.

Loading...