Watsons Nak Bagi 14 Smartphone vivo V7+ PERCUMA, Ini 3 Langkah Mudah Yang Anda Perlu Lakukan

Hiburan

Watsons Nak Bagi 14 Smartphone vivo V7+ PERCUMA, Ini 3 Langkah Mudah Yang Anda Perlu Lakukan

Hari ini Abang Nara ada berita yang cukup mengujakan buat anda semua. Anda semua mesti pernah pergi membeli barangan rumah seperti syampu, sabun mandi, vitamin, pencuci muka, alat solek dan sebagainya di Watsons kan? Ha, bermula dari 9 Oktober sehingga 22 Oktober 2017 ini, Watsons akan memberikan sebuah smartphone vivo V7+ kepada ahli Watsons VIP setiap hari bersempena dengan kempen “Watsons Brand and vivo Switch.Save.Win. Match The Receipt”. Secara keseluruhannya, ada 14 buah smartphone vivo V7+ untuk anda menangi. Memang best!

Advertisement

Sebelum Abang Nara ceritakan macam mana cara nak menangi vivo V7+ ini, jom kita ushar dulu ke”best”an dan kelebihan smartphone ini. First thing first harga dia ialah RM1499. Lepas tue skrinnya ialah 5.7 inci Full HD. Boleh guna 2 sim kad. Paling power, kamera depannya dijana dengan lensa 20 dan 8 megapixel membolehkan anda mengambil selfie yang sempurna. Senang cakap, sekali guna vivo V7+ ini, memang tak akan cari smartphone lain dah.

Ok anda dah teruja nak menjadikan smartphone Vivo V7+ ini milik anda? Meh sini Abang Nara kongsikan cara-cara nak memenanginya menerusi kempen “Watsons Brand and Vivo Switch.Save.Win. Match The Receipt ini. Ikuti langkah di bawah:-

  1. Check Facebook Watsons Malaysia dan Facebook vivo Malaysia

Setiap hari di Facebook Watsons Malaysia, jumlah resit pembelian yang harus dibeli untuk anda dipilih sebagai pemenang akan diumumkan. Jadi perkara pertama yang anda lakukan sebelum bergegas ke Watsons berhampiran adalah memeriksa jumlah resit tersebut. Setiap hari jumlah yang berbeza akan dimuatnaik di Facebook Watsons Malaysia. Contohnya macam kat bawah nie.

2. Pergi beli produk jenama Watsons

(antara produk-produk keluaran Watsons. Semuanya berkualiti tinggi)

Bila dah tahu jumlah resit pembelian yang harus anda lakukan, inilah masa untuk anda pergi ke Watsons berhampiran. Tahukah anda selain menjual produk berjenama tempatan dan antarabangsa, Watsons juga turut sama menjual produk keluarannya? Banyak produk-produk best dan berkualiti tinggi yang dikeluarkan oleh Watsons seperti Naturals by Watsons (boleh baca kat sini untuk info lebih lanjut), Water 360 by Watsons, Arome by Watsons dan banyak lagilah. Jadi untuk memenangi smartphone Vivo V7+, anda perlu membeli mana-mana produk oleh Watsons.

Tak kiralah nak beli berapa banyak pun. Kalau tak tahu yang mana satu produk jenama Watsons, boleh tanya kepada pekerja-pekerja Watsons yang sentiasa sudi membantu anda.  Lepas tue jangan lupa simpan resit pembelian tersebut. Pastikan anda membuat pembelian dengan jumlah paling hampir seperti yang telah diumumkan di Facebook Watsons Malaysia dan Facebook Vivo Malaysia tadi.

P.S: Pastikan anda telah mendaftar menjadi ahli Watsons VIP sebelum membuat sebarang pembelian. Pendaftaran boleh dilakukan di kaunter pembayaran. Mudah je nak daftar. Just cakap kat cashier “saya nak jadi ahli VIP Watsons”. Nanti mereka akan bantu anda.

3. Menang sebuah vivo V7+

Selepas dah membeli berdasarkan jumlah resit yang diumumkan di Facebook Watsons Malaysia dan Facebook vivo Malaysia, tibalah masa untuk anda berdoa agar dimurahkan rezeki untuk diumumkan sebagai pemenang. Para pemenang akan dihubungi menerusi telefon dalam tempoh 7 hari. Nasihat Abang Nara, setiap hari anda perlu buat pembelian di Watsons untuk meningkatkan lagi peluang kemenangan. Takkan taknak ada smartphone vivo V7+ kot? Kalau setiap hari anda membeli di Watsons, memang makin cerah peluang untuk menang. Insya Allah.

Selamat mencuba dan semoga Berjaya memenangi smartphone vivo V7+. Kalau ada rezeki, Insya Allah ia akan menjadi milik anda. Maklumat lanjut layari http://www.watsons.com.my/watsonsbrand.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...