Watsons Lancarkan Video Raya Dengan Barisan Artis Terkenal, “Raya Unik, Raya Ikonik”

Trending

Watsons Lancarkan Video Raya Dengan Barisan Artis Terkenal, “Raya Unik, Raya Ikonik”

Watsons Malaysia menyambut kedatangan Syawal dengan kempen ikonik untuk semua rakyat Malaysia.

Kempen Raya Unik, Raya Ikonik diterajui filem yang menampilkan Duta Watsons Ayda Jebat dan barisan selebriti terkenal seperti Amy Search, DOLLA, Loca B, Chef Wan dan Nabil Mahir.

Advertisement

Video raya kali memaparkan suka duka merangkul keperibadian yang berbeza dalam setiap ahli keluarga.

“Walau gaya tetap sama sekeluarga, air dicincang, tidak akan putus.Kami berharap filem ikonik ini dapat menghiburkan rakyat Malaysia ketika kita menyambut Hari Raya secara sederhana, ”- Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.

Sepanjang bulan Ramadan ini juga Watsons telah memberi kembali kepada masyarakat dengan sumbangan dan sokongan kepada Persatuan Kanser Nasional Malaysia, Rumah Titian Kaseh serta 23 rumah lain di seluruh negara.

Watsons menyumbangkan pelbagai produk dan bekalan termasuk topeng muka, pembersih nyah kuman tangan, dan produk kesihatan. Dalam pada itu, pada suku kedua tahun ini sahaja, Watsons telah menyumbangkan barang keperluan bernilai lebih RM500,000 kepada pelbagai organisasi kebajikan di Malaysia.

Hadiah Ikonik sehingga RM3 JUTA!

Semperna perayaan Hari Raya yang bakal menjelang ini juga, Watsons menawarkan hadiah ikonik sehingga RM3 juta kepada ahlinya melalui peraduan MyDebit Belanja & Menang.

Ahli Watsons berpeluang memenangi barangan elektrik Panasonic dan baucar tunai hanya dengan berbelanjakan RM80 dalam satu resit menggunakan kad MyDebit mereka. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peraduan ini, ahli boleh mengunjungi https://www.watsons.com.my/membercontest.

Watsons turut menawarkan Jualan Ikonik dengan diskaun sehingga 50 peratus dari 20 April hingga 24 Mei 2021 di seluruh negara di semua kedai dan dalam talian.

Pelanggan Watsons juga dapat menikmati potongan segera sebanyak RM10 dengan pembelian RM100 ke atas di kedai dan dalam talian apabila mereka membayar dengan Grabpay.

Bagi memastikan bahawa pengalaman membeli-belah di kedai dan dalam talian Watsosn lebih ikonik dan memberikan penjimatan untuk ahli dan pelanggan.

Watsons turut memberikan Paket Raya dan Baucar Makanan bernilai RM500 dengan perbelanjaan minimum RM80 dalam satu resit dan 1,000 orang ahli Elite dengan perbelanjaan tertinggi semasa promosi Hari Raya ini turut akan menerima hadiah istimewa bernilai RM80.

Jualan Ikonik Raya 5.5

Bermula 26 April hingga 7 Mei juga pembeli boleh menikmati diskaun sehingga 70 peratus dan pelbagai lagi promosi menarik yang ditawarkan.

Pada yang mahu kekalkan penjarakan sosial dan lebih selesa di rumah jangan lepaskan peluang berbelanja di Jualan e-Bazaar Ikonik di laman web atau aplikasi Watsons.

Tawaran sehingga 75 peratus untuk produk kecantikan, penjagaan kesihatan, penjagaan diri, jenama halal, hadiah dan banyak lagi menanti pengguna.

Mulakan pengalaman ikonik anda untuk Hari Raya dengan Watsons dengan melayari www.watsons.com.my atau melayari e-Katalog Watsons untuk tawaran dan promosi baru dan eksklusif.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...