Watsons Bawakan Dimensi Raya Paling Unik Sempena Aidilfitiri Dengan Promosi & Tawaran Hebat

Hiburan

Watsons Bawakan Dimensi Raya Paling Unik Sempena Aidilfitiri Dengan Promosi & Tawaran Hebat

Watsons setiap tahun merupakan salah satu jenama yang meraikan kedatangan Aidilfitiri dengan kempen promosi menarik dan unik.

Tahun ini, Watsons membawakan kempen “Dimensi Raya Paling Unik” dengan promosi di kedai fizikal dan dalam talian serta paling penting mestilah ada filem raya yang bertajuk, Watsons Dimensi Raya Paling Unik.

Advertisement

Ayda Rentas Dimensi Demi Cari Keluarga Sempurrr-na

Filem raya Watsons yang diinspirasikan oleh dimensi pelbagai dunia, menceritakan perjalanan Ayda ketika dia meneroka pelbagai alam dimensi untuk mencari makna sebenar ikatan kekeluargaan.

Pada awalnya, Ayda ingin mengalami dinamik keluarga yang berbeza sempena hari raya, tetapi akhirnya dia sedar bahawa kebahagiaan sebenar semestinya bersama keluarga sedia ada.

Antara barisan artis yang membintangi Dimensi Raya Paling Unik seperti Ayda Jebat, duta Watsons Malaysia, Sabri Yunus, Angeline Tan, Nadhir Nasar, Catriona Ross, Nazruddin Rahman, Ropie, dan COEX.

“Kami berharap cerita yang menyentuh hati ini akan membangkitkan rasa penghargaan dan menginspirasi rakyat Malaysia untuk menghargai dan membina hubungan yang lebih baik dengan orang tersayang ketika menyambut perayaan yang istimewa ini,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Wilayah Watsons International.

Watsons Sumbang Kembali Kepada Masyarakat

This image has an empty alt attribute; its file name is raya_003-900x600.jpg

Selain itu, Watsons Malaysia dengan rendah hati telah menyumbangkan kepada kesejahteraan individu dari pelbagai latar belakang dalam komuniti di Malaysia.

Watsons telah berkesempatan melawat dan mendermakan produk kesihatan, kecantikan, dan keperluan asas bernilai lebih daripada RM160,000 kepada 17 organisasi kebajikan di seluruh Malaysia. Selain itu, Watsons juga menyokong Persatuan Orang Pekak Malaysia dengan mendermakan 10 alat bantu pendengaran bernilai RM24,000, dengan harapan dapat meningkatkan kualiti kehidupan harian mereka.

Promosi 60 Peratus Untuk Barangan Ke-2 Di Watsons

Seiring dengan kempen ini, Watsons Malaysia turut menawarkan promosi 60 peratus untuk item kedua di kedai fizikal dan dalam talian kepada semua pelanggan dan ahli Watsons.

Semua pelanggan berpeluang untuk mendapatkan kosmetik, penjagaan diri, penjagaan kulit, dan produk kesihatan kegemaran mereka dengan harga yang tidak dapat ditandingi.

“Watsons Malaysia membawa pelbagai promosi menarik untuk semua ahli Watsons. Kami memberikan lebih banyak sebab untuk anda merayakan Aidilfitri bersama kami kerana kami menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM5,888,888 termasuk Tesla Model Y, 3 unit motorsikal Vespa, baucar tunai Watsons, dan banyak lagi apabila anda berbelanja RM80 dengan kad VISA,” kata Danny Hoh, Pengurus Besar, Pemasaran & Pertumbuhan Pelanggan Watsons Malaysia.

Sepanjang tempoh kempen ini, ahli Watsons juga boleh menantikan hadiah seperti sampul Raya, beg jinjing edisi terhad, bekas makanan  seramik, dan banyak lagi dengan pembelian bermula dari RM80 ke atas di kedai fizikal dan dalam talian.

Bagi ahli Elit Watsons, anda berpeluang untuk mendapatkan set hadiah Naturals by Watsons eksklusif percuma dengan pembelian RM280 semasa membeli dalam talian.

Selain itu, anda juga boleh membeli Plushie Unik edisi terhad pada harga RM30.88 (atau dengan 1 eStamp pada harga RM23.90 di kedai dalam talian) dan hasil jualan akan disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra.”

 

This image has an empty alt attribute; its file name is raya_0010-900x600.jpg

Dalam filem kempen ini, terdapat lagu duet oleh Ayda Jebat dan COEX. Ayda berkata, “Proses mencipta filem ini sangat menyeronokkan, dan yang paling penting, jalan cerita memberikan mesej yang jelas dan langsung yang ingin disampaikan oleh Watsons. Melalui filem ini, saya berharap agar semua orang diingatkan tentang kepentingan menerima keunikan rakan-rakan dan keluarga mereka serta menerima setiap individu sebagaimana adanya.”

Selain daripada promosi dan tawaran menarik ini, #KakiWatsons juga boleh menantikan Resipi Raya Sihat yang dihasilkan oleh pencipta kandungan makanan @hichizarai, tip dan rahsia kecantikan dan kesihatan di edisi Glow TV Raya, Dimensi Raya E-Bazaar yang berlangsung antara 18 Mac dan 28 Mac, dan Jualan Dalam Talian Watsons 4.4 yang istimewa yang berlangsung dari 29 Mac hingga 7 April.

Nantikan filter AR “Dimensi Raya Paling Unik” daripada Watsons dan paket pelekat kucing Unik untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan anda dalam suasana perayaan ini.

Bermula dengan mencipta kenangan unik bersama orang tersayang anda dalam Hari Raya ini dan lawati www.watsons.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih Watsons di Apple Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...