Buat pertama kali, tunang kepada pelawak Shuib, Watie ada berkongsi foto detik indah setelah disatukan sebagai pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga di Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Watie memuat naik foto memaparkan jarinya bersarung cincin pertunangan selain meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan pelawak tersebut.
Shuib juga dilihat meninggalkan komen ringkas ‘Assalamualaikum tunang @iamwatie berserta emoji hati berwarna merah.
Ketika ditanyakan penyampai segmen Morning Morning Suria, Shuib berkata pemilihan cincin itu dibuat oleh Watie sendiri dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang ‘simple’ dan cantik.
Berkenaan cincin berlingkar macam ulat gonggok tu, Watie yang pilih sendiri. Kami membelinya sehari sebelum majlis pertunangan dilangsungkan kelmarin.
Dia jua ada membuat perkongsian foto mereka berdua bersama empat orang anaknya di Instagram.
Kedua-duanya dilihat sedondon mengenakan busana berwarna hijau muda dan disatukan sebagai tunang di dalam majlis ringkas tetapi bermakna.
Majlis perkahwinan Shuib dan Watie dijangka berlangsung pada bulan Jun ini.