Watie Hanifiah Puji Amira Othman – “Pengorbanan Besar Buat Seorang Wanita Yang Pertama Kali Berumah Tangga”

Kehidupan

Watie Hanifiah Puji Amira Othman – “Pengorbanan Besar Buat Seorang Wanita Yang Pertama Kali Berumah Tangga”

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib, iaitu Watie Hanifiah, menyifatkan keputusan penyanyi Amira Othman untuk mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular Fattah Amin yang sudah mempunyai seorang anak sebagai satu bentuk pengorbanan besar.

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, meluahkan rasa kagum dengan ketelusan Amira memandangkan dia sendiri pernah melalui pengalaman yang sama.

Advertisement

Pengorbanan yang besar buat seorang perempuan yang pertama kali berumah tangga.

Insya-Allah, Allah nampak, Allah menilai dan pandangan Allah lebih besar nikmatnya untuk pengorbanan yang dia lakukan.

Ucapan itu dizahirkan selepas Amira dan Fattah selamat disatukan sebagai suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Sepang, Selangor, pada malam Ahad lalu.

Dalam pada itu, Watie turut berkongsi rasa sayangnya terhadap Amira kerana sifat ikhlas wanita itu yang benar-benar menyayangi suami serta anak tirinya.

Terasa sayang dengan dia dan hatinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-09-17 14:44:16

Ady Kana Bersuara Isu Berbusana Mirip Sultan Melayu, Siap Banding Dengan Fattah Amin - "Orang Kalau Dah Tak Suka.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...