Melalui Instagram Story isteri kepada pelawak popular, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah, dia memaklumkan kini meletak syarat baru buat anak-anak tirinya.
Dapat dilihat dalam hantaran yang dimuat naik, Watie meletakkan syarat dengan meminta anak-anak tiritnya menghafal 30 surah Al-Waqiah.
Katanya, duit raya mereka akan dipotong seandainya tidak dapat menghafal surah berkenaan.
Kalau tak hafal, walau puasa penuh, duit raya kena potong half.
View this post on Instagram
Susulan itu, kelihatan Talita dan Mateen berusaha untuk menghafal surah Al-Waqiah demi syarat baru yang diletakkan oleh ibu tiri mereka itu.
Sekadar info, Watie Hanifiah sah bergelar isteri kepada Shuib Sepahtu pada 23 Jun 2023.