Watie Hanifiah Kena Kecam Ketika ‘Live’, Talita ‘Back Up’ Ibu Tiri – “Jaga Mulut Jangan Buat Semak”

Hiburan

Watie Hanifiah Kena Kecam Ketika ‘Live’, Talita ‘Back Up’ Ibu Tiri – “Jaga Mulut Jangan Buat Semak”

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanifiah baru-baru ini mencuri tumpuan warga maya gara-gara insiden ‘serangan’ ‘keyboard warrior’ ketika dia bersiaran langsung di TikTok.

Dalam sesi live itu, Watie ada berkongsi momen-momen pertemuanya bersama Shuib namun dia tiba-tiba dikecam segelintir netizen yang meninggalkan komen ‘nakal’ di ruangan komen.

Advertisement

Tiba-tiba sahaja, anak tiri Watie, Dzahira Talita Zahra tampil mempertahankan ibu tirinya itu.

Jaga mulut, jangan buat semak! Keluar sekarang! Saya ni baran tau. Apa Watie buat kat kau sampai kau nak macam ni? Mummy (Watie) tak buat apa-apa.

Watie kemudiannya tertawa kecil dan berasa terhibur apabila anak perempuannya itu tampil mempertahankan dirinya daripada dikecam netizen.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie yang juga ahli perniagaan pada 23 Jun 2023.

Isteri pertama Shuib, penyanyi Siti Sarah Raisuddin telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Shuib dan Siti Sarah mempunyai empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah Liyana
9 months ago

"Terlajak Kata, Buruk Padahnya.." - Puteri Sarah Liyana Tayang Surat Saman Fitnah Tuduh Dia Ambil Dadah & Bela 'Andy'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...